Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

MPHS sita motosikal, barang niaga peniaga warga asing

Penguatkuasa MPHS mengambil tindakan terhadap seorang peniaga warga asing yang menjaja makanan ringan dan roti secara terbuka di hadapan sebuah restoran tanpa sebarang lesen sah.
Penguatkuasa MPHS mengambil tindakan terhadap seorang peniaga warga asing yang menjaja makanan ringan dan roti secara terbuka di hadapan sebuah restoran tanpa sebarang lesen sah.
 

HULU SELANGOR – Tindakan berani seorang lelaki warga asing yang menjaja makanan ringan dan roti secara terbuka di hadapan sebuah restoran di sini akhirnya mengundang padah apabila kegiatannya berjaya 'dihidu' Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada Khamis.

MPHS dalam kenyataannya memaklumkan, lelaki itu dikesan menjalankan aktiviti perniagaan menggunakan motosikal tanpa sebarang lesen sah.

"Pemeriksaan lanjut mendapati individu terbabit merupakan warga India dan tidak memiliki dokumen kebenaran daripada MPHS untuk berniaga di lokasi terbabit,"

"Peniaga terbabit ditahan semasa pemeriksaan lesen perniagaan dan penjaja yang dijalankan sekitar Jalan Trompet dan Jalan Kantan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, MPHS mengambil tindakan sitaan mengikut Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Penjaja (MDHS) 2007 kerana menjalankan aktiviti menjaja tanpa kebenaran.

"Motosikal yang digunakan untuk berniaga turut disita untuk tujuan tahanan dan siasatan lanjut," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, MPHS menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu khususnya warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan secara haram di kawasan seliaannya.

"Mana-mana penjaja wajib memohon lesen dan kebenaran sebelum memulakan perniagaan dan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mereka yang ingkar," jelas kenyataan itu.

 
 

Kemaskini pada 2025-06-16 07:28:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page