Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR

BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

1,792 gagak ditembak di Hulu Selangor

1,792 burung gagak berjaya ditembak di sekitar Hulu Selangor oleh 17 penembak berdaftar. Foto Facebook MPHS
1,792 burung gagak berjaya ditembak di sekitar Hulu Selangor oleh 17 penembak berdaftar. Foto Facebook MPHS

 

HULU SELANGOR – Sebanyak 1,792 ekor burung gagak berjaya ditembak dalam Operasi Menembak Gagak Siri 1 yang dijalankan di sekitar Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa operasi itu dianjurkan oleh Unit Kawalan Haiwan Terbiar (UKHT) bersama Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), dan disertai oleh seramai 17 penembak berdaftar.

 

“Tujuan operasi ini adalah untuk memastikan populasi burung gagak, yang dikenali sebagai haiwan perosak dan kacau ganggu, berada pada tahap terkawal.

“Peningkatan populasi burung gagak boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti gangguan bunyi, kerosakan tanaman dan harta benda, serta risiko penyebaran penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan mencemarkan estetika kawasan,” menurut kenyataan itu menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Jelas MPHS, peningkatan populasi burung gagak berpunca daripada pengurusan sisa makanan yang tidak sempurna serta pembuangan sampah secara berleluasa, yang menjadi sumber makanan mudah bagi spesies berkenaan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan menyeru agar komuniti setempat turut memainkan peranan dalam usaha mengawal populasi burung gagak dengan mengamalkan pengurusan sisa yang betul.

“Gunakan tong sampah bertutup dan pastikan sampah dibuang dengan cara yang teratur dan selamat.

“Elakkan membuang sampah merata-rata kerana tindakan ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah menjadi punca utama burung gagak memperoleh sumber makanan,” katanya.

MPHS turut menggesa orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemui sarang burung gagak di kawasan kediaman atau tempat awam.

Dalam masa sama, MPHS memaklumkan bahawa pihaknya merancang untuk melaksanakan kempen kesedaran dan program pendidikan komuniti bagi meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap kepentingan mengawal populasi burung gagak demi kesejahteraan dan kebersihan persekitaran.

“Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, kita mampu memastikan persekitaran Hulu Selangor kekal bebas daripada gangguan burung gagak.

“Usaha bersepadu ini amat penting demi menjamin kesejahteraan, kesihatan awam serta memelihara keindahan dan kelestarian kawasan kita bersama,” menurut kenyataan itu lagi.


Kemaskini pada 2025-06-17 08:02:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page