Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
HULU SELANGOR


BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

MPHS digesa siasat kebakaran tapak sampah Sungai Choh

Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran tapak pelupusan sampah Jalan Monorail, Sungai Choh, Hulu Selangor. (Gambar kecil: Mohd Hasnizan)
Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran tapak pelupusan sampah Jalan Monorail, Sungai Choh, Hulu Selangor. (Gambar kecil: Mohd Hasnizan)

 

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun menggesa Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan agensi berkaitan supaya segera mengambil tindakan terhadap kebakaran di tapak pelupusan sampah Jalan Monorail, Sungai Choh, Hulu Selangor yang masih belum dipadamkan sejak lebih seminggu lalu.

Menurut Mohd Hasnizan, walaupun tidak terlibat secara langsung dalam mesyuarat bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), beliau dimaklumkan bahawa punca sebenar kebakaran masih belum dikenal pasti setakat ini.

 
 

“Mungkin ia disebabkan unsur kecuaian manusia atau bahan tertentu yang terbakar dari dalam timbunan sampah itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, keadaan cuaca panas yang berpanjangan turut menyukarkan usaha pemadaman dan berisiko menjejaskan kesihatan penduduk sekitar sekiranya kebakaran terus berlarutan.

“Kita pun tidak tahu apa bahan yang dibuang dalam timbunan itu, walaupun kawasan tersebut tidak terlalu hampir dengan penempatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar sistem pemantauan dipertingkatkan termasuk penggunaan teknologi seperti kamera litar tertutup (CCTV) atau sensor pintar bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang pada masa hadapan.

“Sekarang ini banyak teknologi moden boleh digunakan, kerana saya difahamkan ada sistem CCTV yang tidak bergantung kepada elektrik.

“Kalau boleh dipasang di kawasan pelupusan sampah seperti ini, ia dapat membantu mengenal pasti punca jika terdapat unsur sabotaj atau kecuaian manusia,” katanya.


Kemaskini pada 2025-07-04 15:23:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page