Dua individu nyaris maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Jalan Kuala Kubu Bharu menghala ke Bukit Fraser di sini pada Ahad.
HULU SELANGOR – Dua individu nyaris maut apabila motosikal yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Jalan Kuala Kubu Bharu menghala ke Bukit Fraser di sini pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.07 pagi itu, mangsa lelaki dan wanita yang menaiki motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.07 pagi.Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Kemaskini pada 2025-07-07 07:30:47 daripada Administrator