Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
HULU SELANGOR


BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

Hampir 4,000 peluang kerja ditawar di Jelajah Jobcare Hulu Selangor hari ini

SHAH ALAM, 5 JUL: Sebanyak 3,810 kekosongan jawatan ditawarkan menerusi Karnival Jelajah Jobcare Selangor peringkat daerah Hulu Selangor yang berlangsung di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu, hari ini.

EXCO sumber manusia memberitahu 67 peratus atau 2,553 jawatan menawarkan gaji melebihi RM2,000, manakala 1,257 kekosongan lagi (33 peratus) menawarkan gaji bawah RM2,000.

V Papparaidu menambah, 90 peratus daripada peluang pekerjaan yang ditawarkan berada dalam Selangor, sementara bakinya di luar negeri.

“Ini menunjukkan bahawa majoriti kekosongan yang ditawarkan memberi peluang kepada pencari kerja untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dan setimpal dengan kos sara hidup semasa.

“Program ini sekali gus membuktikan Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan cakna dan mahu membantu rakyat mendapat pekerjaan bersesuaian sekali gus menurunkan kadar pengangguran,” katanya dalam kenyataan.

image
EXCO Sumber Manusia V Papparaidu beramah mesra bersama pengunjung ketika Karnival Jelajah Jobcare Daerah Kuala Langat di Dewan Sri Jugra, Banting pada 21 Jun 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

 

Tambah Papparaidu, karnival yang bermula 9 pagi hingga 4 petang itu menarik penyertaan 23 syarikat dari pelbagai sektor industri termasuk Prasarana Malaysia Berhad, Sri Nona Food Manufacturing Sdn Bhd, Ingress Technologies Sdn Bhd dan Leoch Battery (M) Sdn Bhd.

Antara sektor utama yang menyumbang jumlah kekosongan tertinggi ialah:

  • Perdagangan borong dan runcit (32.8 peratus)
  • Pembuatan (24.4 peratus)
  • Pengangkutan dan penyimpanan (15.49 peratus)
  • Perkhidmatan makanan dan penginapan (11.47 peratus)
  • Pentadbiran dan khidmat sokongan (9.74 peratus)

Beliau menambah, karnival turut membuka peluang kepada pengunjung untuk menjalani sesi temu duga secara langsung, di samping mengenali potensi kerjaya dalam syarikat yang mengambil bahagian.

Program Jelajah Jobcare dijadual diteruskan ke lima daerah selepas ini:

  • Hulu Langat – 19 Julai, Dewan Perbandaran MPAJ
  • Kuala Selangor – 9 Ogos, Dewan MPKS Puncak Alam
  • Klang – 27 September, Dewan Hamzah
  • Sabak Bernam – 11 Oktober, Dewan Seri Bernam
  • Sepang – 15 November, Dewan Komuniti Putra Perdana

Kemaskini pada 2025-07-07 09:12:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page