Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
HULU SELANGOR


BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

MPHS serah geran komuniti mampan kepada 39 penerima

image
Penerima bergambar bersama Yang Dipertua MPHS Julaihah Jamaludin (duduk, tengah) dan Orang Besar Hulu Selangor Raja Datuk Muzaffar Raja Redzwa (duduk, dua kiri) menerusi Majlis Geran Khas Komuniti Mampan 4.0 (G-KoM) pada 15 Julai 2025. Foto MPHS

 

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyerahkan Geran Khas Komuniti Mampan 4.0 (G-KoM) kepada 39 penerima yang berjaya daripada 87 pemohon, semalam.

Dengan peruntukan keseluruhan RM120,000, MPHS memaklumkan bahawa setiap penerima memperoleh geran berjumlah antara RM1,600 hingga RM3,500.

“Geran ini merupakan inisiatif tahunan MPHS bagi menyokong usaha komuniti tempatan melaksanakan projek berimpak ke arah kemampanan bandar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Geran ini dibuka kepada empat kategori utama iaitu komuniti, badan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan keagamaan, dengan tumpuan kepada bidang teknologi hijau, alam sekitar dan sosial,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, majlis penyerahan geran disempurnakan Yang Dipertua MPHS Julaihah Jamaludin dan turut dihadiri Orang Besar Hulu Selangor Raja Datuk Muzaffar Raja Redzwa dan Pengarah Jabatan Perbendaharaan Shaiful Rizza Piamin.

Dalam majlis sama, turut diadakan sesi perkongsian pengalaman daripada penerima G-KoM sebagai motivasi kepada komuniti yang bercita-cita untuk melaksanakan projek mampan.

“MPHS terus komited dalam menyokong pembangunan komuniti melalui pendekatan lestari dan berimpak tinggi, seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri dan persekutuan ke arah pembentukan bandar rendah karbon yang mampan,” katanya.


Kemaskini pada 2025-07-18 07:43:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page