Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T

jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
HULU SELANGOR


BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman
KitaSelangor

2 jam bawa turun pendaki cedera di Lata Medang

Anggota bomba membawa turun seorang pendaki lelaki yang cedera selepas terjatuh di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu hari ini. - Foto NSTP/Ihsan BOMBA
Anggota bomba membawa turun seorang pendaki lelaki yang cedera selepas terjatuh di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu hari ini. - Foto NSTP/Ihsan BOMBA

 

HULU SELANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa hampir dua jam untuk membawa turun seorang pendaki lelaki yang cedera selepas terjatuh di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini.

Operasi menyelamat dilakukan sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan mangsa ditemui pada jam 11.25 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.46 pagi.

"Menurut laporan awal, mangsa berusia 45 tahun terjatuh semasa melakukan aktiviti mendaki bukit.
 

"Anggota kemudian bergegas ke lokasi dengan jarak lokasi mangsa 2.6 kilometer dari kaki bukit," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang cedera di tangan kiri bagaimanapun boleh berjalan.

"Anggota bertindak mengiring lelaki itu turun," katanya.


Kemaskini pada 2025-08-11 07:39:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page