Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Samun Awal Pagi

  • Samun awal pagiMangsa menerima jahitan di kepala selepas ditetak penjenayah.
< 1 / 1 >

BATANG KALI - Seorang lelaki cedera di tangan dan kepala selepas kedai makannya disamun lima lelaki bersenjatakan parang dan kayu, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Suparamaniam mengesahkan, mangsa, Abu Samah  Nordin, 58, disamun di kedai makan pada jam 6 pagi ketika isteri serta tiga pembantunya sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.

“Penjenayah datang mengikut lorong belakang kedai dan meminta mangsa memberikan tunai dan kunci kereta,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, berlaku kekasaran dan mangsa ditetak menggunakan parang.

“Kedai itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), tetapi perakam dan pemain CCTV turut diambil penjenayah.

“Mangsa kehilangan RM200 selepas kumpulan penjenayah itu mengambil wang di bahagian kaunter kedai,” katanya.

Tambah beliau, penjenayah turut mengambil barang kemas berupa gelang tangan dan rantai leher di bilik bahagian atas kedai.

“Penjenayah turut melarikan kereta mangsa dan di dalam kereta itu ada tunai RM3,000.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan,” katanya.


Kemaskini pada 2015-06-12 15:24:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page