Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Penduduk Sukar Tiada Pasar Basah

  • Penduduk sukar tiada pasar basahProjek pembinaan pasar Ulu Yam yang lewat. Ia sepatutnya siap Mac lalu, tetapi hanya boleh dibuka pada orang ramai pada Julai ini.
< 1 / 1 >

ULU YAM - Penduduk sekitar Ulu Yam berdepan kesukaran membeli barangan keperluan harian selepas pasar basah yang dijangka siap Mac lalu hingga kini masih tergendala.

Penduduk, Habsah Abdul Aziz, 42 berkata, dia terpaksa pergi ke pasar borong Selayang jika mahu membeli keperluan harian.

“Sudah dua tahun kejadian kebakaran pasar tu jadi, tapi sampai sekarang, kemudahan pasar tidak siap lagi.

“Sukar bagi kami penduduk di sini mahu membeli ikan dan sayur,” katanya.

Ahli Majlis Hulu Selangor, Law Chun Yoong berkata, pasar berkenaan sepatutnya siap pada Mac lalu, namun hingga kini ia masih terbengkalai.

“Projek dijangka siap akhir bulan ini tetapi masih ada lagi kertas kerja untuk menentukan sewa bagi tapak pasar itu yang masih belum selesai.

“Jadi, kita jangka ia hanya boleh dibuka kepada orang ramai pada Julai ini,” katanya, semalam.

Tambahnya, penduduk di Ulu Yam yang telah hilang satu-satunya pasar mereka dua tahun lalu perlu bersabar menunggu lagi.

“Buat masa sekarang, pembinaan pasar itu sudah mencapai tahap 80 peratus siap dengan peruntukan yang diberi kerajaan negeri berjumlah RM 623,000,” katanya.

Menurutnya, kontraktor turut dikenakan denda kerana lewat menyiapkan projek berkenaan.

“Kontraktor memang ada memohon lanjutan masa untuk menyiapkan projek berkenaan tetapi ianya tidak dinyatakan dalam laporan yang kita terima.

“Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) juga ada mengesahkan lanjutan hanya diberi hingga Mei, namun hingga kini, ia belum lagi disiapkan sepenuhnya.

“Justeru itu, kontraktor sudah dikenakan denda dengan jumlah bayaran RM 80 hingga RM 100 sehari,” katanya.


Kemaskini pada 2015-06-15 07:56:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page