Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemeriksaan Mental Guru Bunuh Janda Dilanjut

  • kes mahkamah
< 1 / 1 >

HULU SELANGOR - Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu hari ini melanjutkan tempoh pemeriksaan mental ke atas seorang guru agama yang didakwa membunuh teman wanitanya, bulan lepas.

Hakim Zulhelmy Hasan yang bertindak sebagai Majistret membuat keputusan itu setelah peguam Datuk Hanif Hashim memaklumkan bahawa pihak hospital memohon supaya dilanjutkan tempoh pemeriksaan mental terhadap Abdul Ra'of Mohd Dimyati, 26, sebulan lagi dan menetapkan 15 Julai untuk sebutan.

Hanif menyatakan bahawa Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak memerlukan lebih masa untuk menyiapkan laporan lengkap mengenai tahap kesihatan mental tertuduh.

Tempoh pemeriksaan mental itu sepatutnya tamat hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Guru agama bunuh janda didakwa di mahkamah ]

Mengikut Seksyen 342(4) Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh melanjutkan tempoh tahanan tertuduh tidak lebih dari dua bulan sekiranya pihak hospital psikiatri mendapati tertuduh memerlukan pemerhatian lanjut.

Abdul Ra'of didakwa membunuh Nor Salina Nazir, 34, seorang peniaga online di kawasan lapang tepi Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu di sini kira-kira pukul 8.30 malam, 5 Mei lalu.

Abdul Ra'of didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amin Azmi. - Bernama


Kemaskini pada 2015-06-17 07:52:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page