A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Tak pernah selenggara sejak 15 tahun
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tak pernah selenggara sejak 15 tahun

image

SUNGAI BUAYA - Sistem perparitan bawah tanah yang tidak pernah diselenggara sejak kewujudan Bandar Sungai Buaya itu kira-kira 15 tahun lalu, menyebabkan penduduknya sering mengalami masalah kawasan rumah mereka ditenggelami air.

Penduduk, Suratiah Salleh, 69, berkata, dia yang sudah tinggal sejak 1999 mendakwa rumahnya sering menjadi mangsa terutama sekali ketika hujan lebat.

“Rumah makcik selalu air naik. Hinggakan air hampir saja masuk ke dalam rumah akibat air dari longkang bawah tanah naik ke atas.

“Mula-mula masa makcik duduk sini, tak ada pun timbul masalah ini. Tapi masalah bertambah buruk ketika enam tahun lalu. Sampah mula banyak dan jatuh ke dalam sistem perparitan bawah tanah itu menyebabkan keadaan bertambah buruk,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Yusni Darham, 51, berkata, fenomena air naik hingga mencecah ke pintu rumah merupakan perkara biasa sejak 10 tahun lalu.

“Kita risau air tu masuk ke rumah sebab sampai sekarang masalah itu masih tak selesai.

“Ahli majlis kawasan Sungai Buaya pun sudah bertukar-tukar tetapi sampai sekarang kami tak ada apa-apa pun,” katanya.


Hantar surat aduan kepada MB

Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya (PPBSB), Mohd Fadglullah Ibrahim berkata, pihaknya sendiri sudah menulis surat kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berhubung masalah itu tetapi masih tiada lagi jawapan daripada pihak terbabit.

“Aduan juga saya sudah buat kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) berhubung masalah ini. Sistem perparitan bawah tanah itu sekarang dan makin daif dan sudah tersumbat.

“Sebab itu banyak kawasan menjadi takungan air ketika hujan lebat.

“Saya juga percaya kebanyakan kes denggi berpunca dari takungan kecil yang berlaku kesan kerosakan sistem perparitan bawah tanah ini, “ katanya.

Pihaknya turut menggesa MDHS mengambil tindakan segera kerana bimbang keadaan akan menjadi bertambah buruk jika terus tidak diberi perhatian.

“Pada masa ini, kawasan kejiranan di Jalan Kantansari yang teruk sampai penduduk terpaksa buat sistem saliran sendiri untuk alirkan sisa air domestik yang menyebabkan bau busuk.

“Untuk jangka masa pendek, saya harap pihak MDHS mengadakan proses penyelenggaraan secara bersepadu jika kekurangan jentera menjadi penghalang tindakan pembersihan sebelum ini.

“Pada masa sama, pelan tindakan jangka panjang perlu dibuat sekiranya sistem perparitan bawah tanah di Sungai Buaya ini tidak praktikal dan MDHS perlu membuat sistem perparitan baharu dan senang diselenggara seperti kawasan perumahan lain,” katanya.


Dalam perhatian pihak majlis

Dalam pada itu, Ahli Majlis Hulu Selangor, Abdul Nasir Abdul Aziz berkata, pihaknya mengakui masalah itu sudah berlanjutan sejak sekian lama namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana untuk mewujudkan sistem perparitan baharu, ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.

“Perkara ini kita dah pun bawa ke mesyuarat ahli majlis. Bukan kita tidak mahu selenggara tetapi masalahnya, ia memang tidak boleh diselenggara.

“Perancangan pelan pembangunan yang menyebabkan masalah ini berlaku. Jika mahu buat sistem baharu, ia melibatkan kos yang tinggi.

“Longkang berada dalam tanah, jadi bagaimana pula kita mahu masuk dan bersihkan bahagian bawah tanah itu. Tentu sukar,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu masih lagi dalam perhatian pihak majlis tetapi ia terlalu teknikal untuk dibincangkan.


Kesilapan pemaju

Dalam pada itu, Yang Dipertua MDHS, Mohamad Zain A Hamid menjelaskan, sistem perparitan bawah tanah itu merupakan kesilapan pihak pemaju ketika mewujudkan Bandar Sungai Buaya itu.

“Kita boleh saja nak buat sistem perparitan baharu tapi ia pasti melibatkan penduduk kerana longkang berada bawah tanah. Jika kita pecahkan, ini bermakna kita terpaksa pecahkan seluruh jalan di kawasan itu dan menyebabkan kesukaran dalam
kalangan penduduk.

“Untuk buat sistem perparitan baharu pula ia libatkan kos yang tinggi, bukan beratus ribu ringgit, tetapi melibatkan berpuluh juta ringgit.

“Perkara ini kita perlu lihat dan teliti semula. Tetapi tidak perlu risau kerana saya akan hantar pegawai saya meninjau kawasan Jalan Kantansari yang dikatakan bermasalah itu,” katanya.

Kemaskini pada 2015-06-17 09:19:22 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page