Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemandu Lori Pasir Maut Rempuh Kontena

  • Pemandu lori pasir maut rempuh kontenaKeadaan pelanggaran membabitkan dua kenderaan berat.
< 1 / 2 >

KUALA KUBU BHARU – Seorang pemandu lori pasir maut tersepit selepas merempuh sebuah lori kontena dalam kemalangan di Kilometer 408.6 Lebuhraya Plus menghala Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 6 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan berat iaitu sebuah lori membawa muatan pasir dan sebuah lori kontena.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori pasir yang dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala Kuala Lumpur, gagal mengawal kenderaan lalu merempuh bahagian belakang lori kontena.

“Pelanggaran mengakibatkan pemandu lori pasir tersepit selain cedera parah di bahagian kepala dan kaki,” katanya.

Katanya, mangsa yang parah dikenali sebagai Yusrizal Mohammed Yusoff, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala, bahagian hadapan lori kontena yang membawa komponen komputer turut terbakar akibat kemalangan itu.

“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.30 pagi, dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu tiba 30 minit kemudian


Kemaskini pada 2015-06-22 07:48:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page