Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Jps Bina Benteng Beg Plastik

  • JPS bina benteng beg pasirBeg pasir dijadikan tembok sementara untuk elak banjir dan hakisan lebih teruk berlaku.
< 1 / 2 >
ULU YAM - Penduduk Taman Kelisa kini tidak perlu tertekan lagi dengan kejadian banjir yang sering melanda kawasan itu selepas pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Selangor memasang benteng sementara.

Ahli Majlis Hulu Selangor, Low Choon Yong berkata, banjir yang berlaku awal Jun lalu mengakibatkan runtuhan tembok di sepanjang rumah penduduk.

“Buat masa ini, pembinaan benteng sementara sudah siap. Tetapi langkah jangka panjang mesti dibuat supaya masalah tidak berlaku lagi.

“Banjir itu juga mengakibatkan kerosakan tebing yang teruk di sepanjang Sungai Chik dan ia terletak cukup hampir dengan kediaman penduduk.

“Kita risau nyawa penduduk pula dalam bahaya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Choon Yong, ratusan rumah kini berisiko runtuh dan penduduk turut bimbang kerana tebing berhampiran rumah mereka sudah rosak teruk.

“Mereka juga takut kerana bila hujan kebat, air sungai akan naik hingga masuk ke rumah.

“Untuk itu, JPS bertindak pantas membuat tembok dengan beg pasir, bagaimanapun penduduk tetap risau kerana ia hanya bersifat sementara.

“Selagi tebing tidak dibaiki nyawa dan harta benda penghuni tetap terancam,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan meminta JPS supaya memasukkan Sungai Chik dalam senarai untuk dibersihkan setiap tahun bagi mengurangkan risiko banjir.

Dalam pada itu, Penguasa Daerah JPS Hulu Selangor, Halim Masri berkata, pihaknya terpaksa meletakkan benteng beg pasir itu bagi tempoh jangka pendek kerana isu itu perlu diselesaikan dalam tempoh masa panjang bersama pihak tuan rumah.

“Bukan saja melibatkan tuan rumah, tetapi juga pihak pejabat tanah dan JPS sendiri.

“Beg pasir yang kita sediakan juga menelan kos sebanyak RM20,000 dan kesemua kos ditanggung JPS,” katanya.

Tambah beliau, penduduk tidak perlu lagi berasa risau kerana walaupun benteng itu bersifat sementara, tetapi ia mampu menghalang air sungai masuk ke jalan di Taman Kelisa.

“Untuk pelan jangka panjang pula, kita akan bina tembok besar tetapi ia menelan kos yang cukup besar. Tetapi semua ini kita akan bincangkan nanti,” katanya.

Kemaskini pada 2015-06-22 14:19:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page