Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bayi Dijumpai Masih Bertali Pusat

  • Bayi dijumpai masih bertali pusat  Bayi perempuan yang ditemui di Taman Ampang Indah, Kuala Kubu Bharu, semalam.
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BHARU - Seorang bayi perempuan dipercayai berusia seminggu dan masih bertali pusat dijumpai sepasang suami isteri di luar kediaman mereka di Taman Ampang Indah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, bayi ditemui dalam beg pakaian.

“Pengadu memberitahu terdengar bunyi bayi menangis di luar pintu pagar. Bayi itu kita tidak pasti identiti bangsanya dan pengadu kemudian membawa bayi berkenaan ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

“Bayi itu kemudian kita hantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan doktor juga mendapat bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, ketika ditemui, beg pakaian itu turut mempunyai beberapa helai pakaian bayi dan lampin pakai buang.

“Kami telah hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis kini membuat pemeriksaan di hospital dan klinik untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu siasatan bagi mengesan suspek yang membuang bayi itu.

“Siasatan masih diteruskan dan kami mohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil bagi membantu pihak polis,” katanya.


Kemaskini pada 2015-06-29 12:14:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page