Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Sakit Mata Tengok Sampah Bundle

  • Sakit mata tengok sampah bundleTapak sampah bundle sedang dibersihkan MDH S.
< 1 / 1 >

SUNGAI BUAYA - Penduduk Bandar Sungai Buaya mengakui rimas dan 'sakit' mata dengan longgokan sampah perniagaan pakaian terpakai atau bundle yang sengaja dibuang di Jalan Kembojasari.

Azhar Aziz, 47, berkata, perkara itu sudah berlarutan sejak tiga bulan lalu tanpa sebarang tindakan pihak bertanggungjawab.

“Kita jangka lori bundle tu datang setiap hari melonggokkan pakaian yang tidak digunakan lagi di sini.

“Walaupun sampah itu tidak berbau busuk, tetapi mata kami pula yang semak dengan longgokan sampah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya (PPBSB), Mohd Fadglullah Ibrahim berkata, pihaknya sudah pun menulis aduan menerusi email kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) untuk tindakan susulan.

“Kawasan itu walaupun tanah terbiar yang kita sendiri tak pasti siapa tuannya, tapi longgokan sampah bundle tu cukup buat kita rimas.

“Ini kerana pihak tidak bertanggungjawab itu membuang sampah bundle dengan kuantiti yang terlalu banyak hingga memakan ruang besar di tanah lapang itu,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Komunikasi Korporat MDHS, Junainah Abdullah menjelaskan, pihaknya kini sedang menyiasat dan mengenal pasti syarikat bundle yang membuang sampah di situ.

“Kita dapati sampah itu datang dari perniagaan bundle dan kitadah pun siasat tapak tu.

“Bagaimanapun, kerja pembersihan sedang kita lakukan.

“Selepas ini, kita akan pasang papan tanda amaran dan pihak penguatkuasa akan menjejaki pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah bundle di situ,” katanya.

Beliau menambah, MDHS juga memohon kerjasama penduduk yang berdekatan sekiranya ada nampak lori yang mencurigakan masuk ke kawasan tersebut atau mana-mana kawasan lain agar beri maklumat segera kepada majlis menerusi talian aduan 03-6064 1655 atau aduan@mdhs.gov.my.


Kemaskini pada 2015-06-30 07:51:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page