Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Didik Suri Rumah Berniaga

Didik suri rumah berniaga
Rusly ketika menyampaikan penerangan masakan kepada peserta kursus di Itkau, Gesir.

GESIR - Kursus masakan jangka pendek anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (Itkau) mampu mendidik suri rumah tentang selok-belok bidang perniagaan.

Pengetuanya, Datuk Dr Rusly Abdullah berkata, masih ramai yang tidak tahu ilmu sebenar dalam perniagaan.

“Seorang peniaga yang berjaya mesti tahu membuat pengiraan yang tepat. Peniaga yang ada sekarang ini ramai yang tahu kos berniaga tapi tidak tahu mengira keuntungan.

“Dengan kursus jangka pendek ini kita bukan sahaja mendidik mereka untuk memasak, tetapi juga untuk mengira margin keuntungan dan cara pengiraan sebenar bagi memastikan keuntungan dalam perniagaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian dalam Majlis Penutup

Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek Daerah Petaling Negeri Selangor 2015, kelmarin.

Tambahnya, aspek pengiraan ini cukup penting bagi memastikan peniaga boleh menjalankan perniagaan dengan baik.

“Ramai yang hanya tahu menjual tanpa mengetahui kos sebenar modal dan apabila mendapat pendapatan, ia habis macam itu sahaja.

“Berapa modal sebenar dan berapa untung yang ditolak selepas mengira modal, itu yang ramai peniaga terlepas pandang.

“Aspek seterusnya yang kita mahu tekankan ialah bagaimana untuk menggunakan bahan yang ada seoptima mungkin tanpa berlaku pembaziran.

“Bila banyak bahan atau hasil yang cacat, ia akan meningkatkan kos. Oleh itu, kita juga perlu mengajar etika dalam dapur yang perlu ada dalam diri usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan,” katanya.

Pihaknya turut berbesar hati bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menjalankan kursus jangka pendek itu.

“Kita mempunyai pengalaman dalam ilmu kulinari dan perniagaan. Inilah masanya untuk kita membantu dan mencurah ilmu,” katanya.

Kemaskini pada 2015-08-28 15:32:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page