Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Saya kerugian hampir RM20,000

'Saya kerugian hampir RM20,000'
Keadaan rumah Dorris selepas kejadian tersebut.

KUALA KUBU BHARU - Kediaman Ahli Majlis Hulu Selangor, Dorris Lim di pecah masuk, Khamis lalu hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM20,000.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika beliau meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja pada pagi Khamis lalu.

“Saya keluar rumah jam 8.30 pagi untuk ke tempat kerja dan ketika saya sampai saja rumah pada jam 5.10 petang, saya dapati pagar rumah saya sudah terbuka dan kunci mangga rumah pun sudah diumpil.

“Saya terkejut dan terus memeriksa ke dalam rumah. Bilik utama rumah berselerak tanda sudah di pecah masuk pencuri.

“Bilik kedua turut kena pecah masuk dan antara barangan peribadi yang dicuri termasuklah pasport, kredit kad, empat bentuk cincin emas, dua utas rantai tangan dan tiga utas rantai leher.

“Pencuri turut melarikan peti besi dan wang tunai RM3,500. Jumlah kerugian yang saya alami besar. Saya kerugian hampir RM20,000,” katanya.

Pihaknya kini mengambil langkah lebih berhati-hati bagi memastikan kejadian tidak berulang.

“Memang trauma memandangkan kerugian yang saya alami bukan sedikit. Diharapkan kejadian menakutkan itu tidak lagi berlaku. Pencuri sekarang pun bijak. Pecah masuk ketika kita semua keluar kerja. Bukan lagi buat kerja jahat diwaktu malam lagi,” katanya.

Kemaskini pada 2015-09-01 08:03:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page