Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemilik Kolam Ikan Tertekan Aktiviti Curi Pasir

Pemilik kolam ikan tertekan aktiviti curi pasir
Kawasan yang didakwa berlaku aktiviti curi pasir.

RASA - Pemilik kolam ternakan ikan, Siew Thin Yen, 38, tertekan selepas aktiviti curi pasir di tanah bersebelahan kolamnya menjejaskan kolam ternakannya sehingga kerugian besar.

Menurutnya, aktiviti curi pasir itu sudah berlaku lebih lima tahun sehingga memasuki kawasan kolam ikannya.

“Kolam yang saya usahakan sebahagiannya adalah tanah milik orang lain dan saya bayar ansuran sewa tiap bulan kepada tuan tanah. Saya dah buat lebih 17 kali laporan berhubung curi pasir kepada Pejabat Tanah dan Daerah sebab aktiviti curi pasir tu betul-betul bersebelahan kolam ikan saya.

“Mereka korek tanah dan sampai satu tahap, korek tanah sampai masuk kawasan kolam ikan saya dan rosakkan bahagian kolam,” katanya sambil memberitahu aduannya kepada Pejabat Tanah dan Daerah masih belum menerima sebarang respons menyebabkannya buat laporan kepada pihak polis.

“Malangnya, pihak polis pula dakwa segala urusan berkaitan tanah di luar bidang kuasa mereka.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim sudah pun mengarahkan kakitangannya supaya memeriksa kawasan curi pasir itu yang menggunakan tanah milik kerajaan.

Menurutnya, berhubung aduan curi tanah itu, pihaknya sudah diarahkan untuk memeriksa bagi memastikan aktiviti curi pasir itu dilakukan di atas tanah milik kerajaan atau sebaliknya.

“Kalau kita periksa dan dapat tahu aktiviti korek tanah itu dibuat atas tanah kerajaan, kita akan ambil tindakan serta-merta. Tapi jika aktiviti melibatkan tanah persendirian, kita tetap periksa untuk pastikan aktiviti korek pasir di situ dibuat menggunakan permit sah," katanya.

Kemaskini pada 2015-09-01 08:05:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page