Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tiga Lubung Ditebuk Pada Tubuh

Tiga lubang ditebuk pada tubuh
Rohaizat memangku Haris bersama isterinya, Mariam dan tiga anak yang lain ketika ditemui di rumah mereka di Bukit Sentosa, semalam.

BUKIT SENTOSA - Hati mana yang tidak luluh bila melihat bayi berusia dua tahun, Mohd Haris Asraf mempunyai tiga lubang di badan dan terpaksa membuang air besar menggunakan beg najis kerana masalah usus. 

Bapanya, Rohaizat Asyikin Ismail, 39, berkata, anaknya terpaksa bergantung kepada beg najis itu sejak lahir selepas saraf usus gagal berfungsi menyebabkan anak keempatnya tidak mampu membuang air secara normal. 

“Mulanya lepas lahir anak saya normal saja. Tetapi lepas lebih seminggu tidak buang air besar, perutnya makin menegang. Lepas periksa, saraf di ususnya bermasalah.

“Jadi doktor terpaksa tebuk dua lubang di bahagian perut untuk bantu Haris buang air besar. 

“Sepatutnya dia dah boleh buang air seperti biasa, tetapi, doktor tidak berani ambil risiko kerana anak saya juga mempunyai masalah lain iaitu dia boleh terlupa untuk bernafas menyebabkan Haris terpaksa juga bergantung kepada mesin oksigen. 

“Sekali lagi anak saya perlu ditebuk lubang di leher bagi membolehkan salur tiub pernafasan dapat dipakai dan dia bernafas sepenuhnya menggunakan mesin oksigen,” katanya memulakan bicara kepada Sinar Harian, semalam. 

Rohaizat yang bekerja kilang juga mengakui tidak mampu menyediakan kelengkapan perubatan sepenuhnya kepada Haris memandangkan gajinya hanya RM1, 400 sebulan dan terpaksa menanggung tiga lagi anaknya yang sedang bersekolah. 

“Ada juga bantuan zakat kami terima tetapi tidak cukup kerana kos perubatan Haris RM2,000 sebulan. Jadi dengan gaji itulah yang saya guna untuk kegunaan Haris dan anak-anak yang lain. 

“Bantuan zakat RM 500 sebulan itu pun baru saja saya terima bulan ni sebab sebelum ni saya tak tahu nak mohon bantuan guna saluran mana. 

“Keadaan salur pernafasannya yang berada di luar kerana gunakan mesin juga menyebabkan anak saya terdedah dengan jangkitan kuman. 

“Kalau dulu setiap bulan Haris akan duduk di hospital seminggu akibat masalah salur usus dan saluran pernafasannya. Tapi kini setiap tiga bulan perlu ke Hospital Kuala Lumpur untuk buat pemeriksaan susulan,” katanya. 

Dia berharap orang ramai sudi menghulurkan bantuan kerana keadaan keluarganya yang serba kekurangan. 

“Rumah ini pun saya sewa RM250 sebulan selepas diminta keluar oleh tuan rumah lama kerana tidak mampu membayar sewa rumah yang dinaikkan hingga RM450,” katanya.


Kemaskini pada 2015-09-02 08:48:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page