Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Haram Beri Zakat Kepada Pemalas

HARAM diberikan zakat kepada mereka yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan malas bekerja, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
 
Menurutnya, perkara itu jelas pada zaman Nabi Muhammad SAW, apabila datang dua pemuda dan nabi lihat kedua-duanya mempunyai tubuh yang kuat.
 
“Nabi Muhammad SAW berkata, kalau kamu berdua inginkan zakat, aku boleh berikan tetapi haram ke atas lelaki yang mampu dan kuat.
 
“Maknanya pemberian bantuan itu dengan peringatan bahawa kalau kamu malas ia tidak harus bagi kamu,” katanya ketika mengulas isu kemiskinan yang berlaku di negara ini.  
 
Beliau berkata, Islam menggariskan dasar yang jelas kepada fakir dan miskin iaitu kemiskinan disebabkan oleh anggota badan yang lemah atau cacat. 
 
Namun katanya, kategori mereka yang belum mendapat pekerja atau mungkin disebabkan pendapatan yang kecil, golongan itu layak dibantu mengikut dua saluran iaitu zakat (fakir dan miskin) dan sedekah.
 
“Bantuan atau pemberian sesuatu kepada fakir miskin yang betul-betul bukan disebabkan ‘malas’, bukan hanya dari sumber zakat dan sedekah sahaja, bahkan mereka juga boleh menerima pemberian apabila seseorang itu hendak bersihkan wang atau harta (disebabkan riba atau judi terdahulu).
 
“Mereka yang terima pemberian itu ‘halal’ melihat asas kepada penerimaannya yang sah walaupun ia wang riba atau judi, tanggungan itu hanya ke atas orang yang melakukannya,” jelasnya.
 
Zaharuddin berkata, bagi orang miskin yang malas dan sentiasa mengharapkan bantuan sedangkan dia mampu bekerja adalah orang yang telah jatuh kehormatannya pada pandangan masyarakat dan Islam.
 
“Pengangguran adalah sesuatu yang tercela, malah ia bercanggah dalam ayat al-Quran (Surah Hud ayat 61).
 
“Mereka yang menganggur dan mengharapkan bantuan orang itu adalah sifat yang terkeji dalam Islam. Orang yang sihat tubuh ba wajib bekerja melainkan jika dia diberhentikan kerja.
 
“Dia tak mampu tanggung kos atau bil rumah dan kereta yang tinggi, sementara dia mencari kerja yang layak dengan dia, maka dia boleh menerima zakat dan bantuan,” tegas beliau.

Kemaskini pada 2015-09-07 08:33:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page