Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Dua Infrastruktur Siap Naik Taraf

KUALA KUBU BHARU - Dua kerja menaik taraf infrastruktur di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kuala Kubu Bharu dan Tadika Kemas Kuala Kubu Bharu yang bermula Mei lalu, kini siap sepenuhnya sekali gus memberi keselesaan kepada murid di kedua- dua sekolah berkenaan.

Peruntukan kerja menaik taraf yang menelan kos sebanyak RM27,000 itu dibiayai sepenuhnya oleh Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong.

Kee Hiong berkata, terdapat dua peruntukan iaitu satu melibatkan hentian bas di SRA Kuala Kubu Bharu bernilai RM9,846.

“Sebelum ini, murid terpaksa berpanas kerana tiada kemudahan ini dan saya harap dengan kemudahan yang ada ini, mereka boleh menunggu bas atau ibu bapa di hentian ini dengan lebih selesa.

“Disebabkan saya juga terima rungutan daripada ibu bapa kerana tiada kemudahan menunggu bas untuk anak-anak mereka.

"Bagi meringankan beban dan atas faktor keselamatan, saya keluarkan sendiri peruntukan untuk kemudahan murid di sini,” katanya kepada Sinar Harian selepas melakukan tinjauan ke atas kedua-dua projek itu, kelmarin.

Kee Hiong berkata, bagi kemudahan kedua melibatkan penambahbaikan sistem saliran atau longkang di Tadika Kemas dan penurapan jalan di pekarangan tadika terbabit yang melibatkan kos lebih RM19,000.

Menurutnya, ada guru dan ibu bapa buat aduan berhubung longkang di tadika itu yang menakung air dan bila hujan lebat, air longkang akan melimpah keluar sehingga masuk ke dalam kelas.

“Jadi kita buat projek menambah baik infrastruktur longkang dan turap jalan di pekarangan tadika itu.

“Diharapkan kini murid selamat untuk bermain kerana keadaan tadika sudah baik, berbanding sebelum ini saya kerap terima aduan murid jatuh dan cedera akibat keadaan tadika yang tidak berturap,” katanya.

Dalam tinjauan berkenaan, beliau turut berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan kontraktor.

“Projek bermula pada Mei dan siap sepenuhnya Jun lalu. Tetapi saya sengaja membuat lawatan hari ini (kelmarin) bagi memastikan kerja-kerja yang dilakukan kontraktor menepati standard piawaian ditetapkan.

“Ini bermakna, selepas dua bulan projek siap, saya tinjau semula keadaan melibatkan dua kawasan ini bagi memastikan mutu kerja kontraktor dalam keadaan memuaskan hati dan setimpal dengan peruntukan yang saya sudah keluarkan,” katanya yang berharap dengan kemudahan disediakan ini, keselamatan murid lebih terjamin dan selesa.

Kemaskini pada 2015-09-10 10:59:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page