Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Jenayah pecah kereta di masjid

Jenayah pecah kereta di masjid
Keadaan cermin tingkap kereta yang dipecahkan penjenayah ketika diparkir di Masjid Ar- Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

KUALA KUBU BHARU - Dua kes pecah kereta dilaporkan berlaku Jumaat lalu di Masjid Ar-Rahimah membabitkan dua kenderaan milik orang awam.

Ketua Polis Daerah Hulu Langat, Superintenden R Supramaniam berkata, ia merupakan kejadian pertama dilaporkan, yang mana kedua-dua kes berlaku sekitar jam 3 hingga 4 petang ketika jemaah masjid sedang bersiap untuk solat Asar.

“Kes pertama berlaku jam 4.20 petang ketika mangsa singgah di masjid untuk solat Asar dan meletakkan kereta jenis Almeera miliknya di kawasan masjid.

“Selepas selesai solat, mangsa mendapati cermin pintu sebelah pemandu sudah dipecahkan. Menurut mangsa, dia kehilangan sebuah telefon bimbit jenis Huawei,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu menurutnya, bagi kejadian kedua, mangsa iaitu Nur Zakiah Mustapha yang berusia 28 tahun berasal dari Kelantan singgah ke masjid berkenaan untuk solat.

“Selesai solat, mangsa ke kereta dan mendapati cermin sebelah pemandu kereta Alza miliknya yang diletakkan di parkir kereta sudah dipecahkan.

“Beg tangannya hilang dalam kejadian tersebut. Mangsa mengalami kerugian apabila wang tunai berjumlah RM450 hilang, kunci rumah, empat kad ATM dan dokumen lain turut dilarikan," katanya.

Supramaniam berkata, hasil siasatan mendapati sekitar masjid tiada kemudahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi ketika kejadian berlaku.

“Pihak kami juga mengesyaki suspek berkemungkinan menggunakan alat spark plud untuk memecahkan cermin kereta berdasarkan kesan saiz pada cermin terdapat lubang yang kecil,” katanya.

Menurutnya, kemungkinan juga suspek meletakkan kereta di dalam kawasan masjid dan menunggu sehingga kedua-dua mangsa masuk ke dalam masjid sebelum memecahkan kereta.

Katanya, polis kemudian berjaya menemui kesan cap jari pada pintu kereta sebelah kanan pemandu yang terlibat untuk kes kedua.

“Pihak kami berharap orang ramai turut bekerjasama kepada pihak polis jika tahu dan tampil kepada kami berhubung kejadian ini.

“Saya juga mahu memberi peringatan kepada orang ramai tidak meninggalkan sebarang barangan berharga selepas tinggalkan kereta,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua kes sedang disiasat dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Sehingga kini, pihak kami masih menjejaki suspek,” katanya.

Kemaskini pada 2016-02-22 08:24:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page