Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lelaki Maut Dirempuh Lori

 Lelaki maut dirempuh lori

Polis sedang mengalihkan mayat mangsa ke tepi bahu jalan setelah terlibat dalam insiden kemalangan pagi semalam.

BUKIT BERUNTUNG - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya gagal dikawal lalu tercampak ke tengah jalan sebelum dirempuh sebuah lori, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R Supramaniam memberitahu, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 7.20 pagi, di Jalan Besar Bukit Beruntung menghala ke Sungai Choh.

“Kemalangan tersebut membabitkan sebuah motosikal dan lori. Mangsa, Ahmad Ghazali Mohamed Isa, 38, berasal dari Bukit Sentosa dan merupakan pemandu kren dipercayai dari Bukit Beruntung dan dalam perjalanan ke Sungai Choh.

"Ketika sampai di kawasan kemalangan, motosikal mangsa telah hilang kawalan menyebabkan kenderaan yang ditungganginya terbabas ke sebelah kiri jalan. Mangsa kemudian tercampak ke tengah jalan dan dilanggar lori yang dipandu Sukhdeve Singh,
47,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, akibat rempuhan lori yang datang dari arah belakang Ahmad Ghazali, telah menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

“Mangsa mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala, sementara pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Tiada sebarang kerosakan juga direkodkan di bahagian lori yang dipandu Sukhdeve,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di
bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kemaskini pada 2015-10-12 14:52:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page