Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Peniaga Maut Depan Sekolah

Peniaga maut depan sekolah
Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk di bahagian hadapan akibat terbabas di kiri jalan selepas gagal mengawal kenderaan yang dipandu, awal pagi kelmarin


RASA - Seorang peniaga maut di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Rasa selepas kereta dipandu terbabas di bahu jalan, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, mangsa, Kumar Suppiah, 54, maut di tempat kejadian selepas kereta yang dipercayai dipandu laju terbabas pada jam 1.20 pagi.

“Mangsa memandu kereta dari arah Rasa menuju ke Kuala Kubu Bharu. Kejadian berlaku selepas kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

“Hentakan kuat menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Asam Kumbang itu juga adalah seorang peniaga.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Supramaniam turut mengulas perkembangan kemalangan melibatkan tiga sekeluarga yang maut selepas dihempap papan tanda petunjuk arah di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) berhampiran Tanjong Malim, Sabtu lalu.

Menurutnya, kemalangan yang berlaku di Kilometer 399.9 itu sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu treler yang mengalami kecederaan parah iaitu patah paha masih lagi dirawat di Hospital Slim River.

“Sampel darah dan air kencingnya sudah diambil dan akan dirujuk ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” katanya.

Manakala pemandu lori dan kelindan lori yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut juga negatif daripada sebarang anasir dadah berbahaya.

“Kami masih lagi meneruskan siasatan membabitkan kemalangan tersebut dan akan memantau keadaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Kemaskini pada 2015-10-13 14:21:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page