Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MDHS Nafi Dakwaan Kutip Rasuah

MDHS nafi dakwaan kutip rasuah
Mohamad Zain menunjukkan struktur kuil yang dibina tanpa kebenaran dalam sidang media, di pejabatnya, kelmarin.

KUALA KUBU BHARU - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika viral isu kuil di Jalan Telipot, Bukit Beruntung menjejaskan nama baik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Yang Dipertua MDHS, Mohamad Zain A Hamid berkata, viral yang tersebar sejak Jumaat lalu mendakwa MDHS cuba mengutip rasuah dan sengaja melewatkan kelulusan lesen bagi membina kuil tersebut.
“Sebaliknya, kita hanya menghantar notis kepada pemilik kuil supaya merobohkan kuil yang dibina tanpa kelulusan majlis dan ia dibina tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
“Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika viral yang tersebar itu mampu menjejaskan nama baik majlis," katanya.
Beliau berkata, pihaknya menghantar notis pada 13 Oktober lalu dan memberi masa hingga 30 hari kepada pihak kuil untuk merobohkan dan mencari kawasan lain untuk bina kuil lain.
“Jika mereka gagal ikut notis yang kita arahkan, majlis sendiri yang akan datang dan robohkan kuil itu,” katanya dalam sidang media, kelmarin.
Menurutnya, kuil itu dibina dalam zon penampan dan sememangnya tidak dibenarkan dibina sebarang pembangunan di hadapan penempatan penduduk.
“Majlis ambil tindakan pun bukan suka-suka tetapi atas arahan kerajaan negeri kerana mengikut apa yang dibincang, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dah pun setuju kuil itu mesti dirobohkan.
“Pada 24 Jun lalu sebenarnya keputusan itu sudah dibuat dan daripada tarikh itu kita dah buat semakan pada pengusaha kuil sama ada untuk robohkan sendiri atau kita yang robohkan,” katanya.
Bagaimanapun, Mohamad Zain berkata, proses ini akan dilakukan secara berhemah bagi menjaga sensitiviti agama.
“Kalau kita yang robohkan, kita jamin ia akan dibuat secara berhemah dan akan dibuat secara baik.
“22 November ini pun kita akan panggil semula pengusaha dan bincang semula sama ada mereka mahu robohkan atau tidak. Jika mereka enggan, notis yang kita keluarkan itu akan terpakai dan kita sendiri akan robohkan,” katanya.
 Sumber :Sinar Harian

Kemaskini pada 2015-10-22 08:59:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page