Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Rencana Akhbar-Kurang Vitamin D Punca Tulang Lemah

susu

"SUSU? Uwekkk..tak mahu..tak suka..tak nak!". Ramai ibu bapa yang menghadapi penolakan sedemikian apabila anak-anak disuruh minum susu.

Keengganan anak minum susu ada kalanya membuatkan ibu bapa berasa risau.

Mungkin kerana sering dimomok-momokkan jika anak kurang susu, boleh mengakibatkan masalah tulang akibat kekurangan kalsium.

Bagaimanapun, menurut Dr Lim Hin Fui penulis buku Makanan Sihat Sebagai Ubat, kalsium dan protein juga boleh didapati daripada sumber-sumber makanan yang lain.

Usah terlalu bimbang sekiranya anak tidak mahu minum susu. Paling penting ibu bapa memastikan anak mereka mendapat sumber protein dan kalsium daripada pemakanan berkhasiat dan seimbang yang lain agar mereka tidak mengalami masalah kurang nutrisi.

Kajian yang dilakukan oleh Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts) menunjukkan 2 sajian susu sehari yang dijadikan sebahagian daripada pemakanan sihat untuk anak dapat membantu menangani jurang perbezaan nutrisi di kalangan kanak-kanak di negara ini

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia yang juga Ketua Program Pemakanan Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, UKM Profesor Dr Norimah Karim, susu adalah minuman yang berkhasiat yang mudah didapati.

Ia boleh dinikmati dengan segera, bersama makanan dan minuman yang lain, selain ia juga sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.

Penemuan Seanuts dalam kajiannya menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan Vitamin D manakala 1 daripada 20 orang mengalami masalah kekurangan nutrisi.

"Untuk kanak-kanak yang mengalami kekurangan nutrisi, adalah penting untuk mereka minum 2 sajian susu setiap hari bagi memastikan mereka mendapat nutrisi penting yang diperlukan," jelas Prof Dr Normah dalam program Kempen Dua Susu Sehari: Hadiah Terbaik Untuk Keluarga Anda anjuran bersama Dutch Lady Malaysia dan Persatuan Pemakanan Malaysia.

 

Tanda anak kuramg nutrisi

Jika anak sering mengadu sakit otot, sakit badan dan kekejangan otot atau ibu bapa melihat kuku mereka rapuh, kulit kering dan bersisik, bermakna mereka kekurangan kalsium.

Ia boleh mengakibatkan tulang rapuh, tinggi risiko patah tulang, penyakit riket dan osteoporosis apabila umur meningkat. Bagi mengelakkan gejala ini, ibu bapa digalakkan memberi anak makanan seperti susu, sardin, ikan bilis, sayur berdaun hijau dan produk kacang.

Iodin juga penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Ia boleh dibekalkan oleh makanan seperti rumpai laut, makanan laut, telur, daging dan produk tenusu.

Kekurangannya boleh mengakibatkan kerosakan otak, hipotiroid, pertumbuhan kognitif dan perkembangan saraf motor terjejas. Tanda-tanda seperti bengkak di leher dan mata terbonjol mungkin menunjukkan bahawa anak kekurangan sumber zat ini.

Vitamin A pula penting untuk kesihatan mata anak. Kekurangannya boleh mengakibatkan penglihatan terjejas teruk, buta dan meningkatkan risiko diserang penyakit teruk. Mungkin membawa kepada masalah rabun waktu malam.

Hati, limau dan sayur-sayuran serta sayur berdaun hijau tua adalah pembekal Vitamin A.

 

Vitamin D penting

Prof Dr Norimah juga menjelaskan bahawa vitamin D adalah penting untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak kerana vitamin ini membantu menyerap kalsium dalam badan.

"Tanpa Vitamin D yang mencukupi, kalsium yang kita peroleh daripada diet kita tidak dapat diserap dengan sebaiknya.

Dalam kes-kes yang serius, kekurangan Vitamin D ini boleh menyebabkan penyakit riket, iaitu penyakit  yang mengakibatkan tisu tulang tidak  berupaya memineralisasi tulang dan mengakibatkan tulang yang lembut dan kecacatan rangka tulang."

"Untuk menangani masalah kekurangan Vitamin D, kanak-kanak seharusnya menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah untuk membolehkan badan menghasilkan Vitamin D secara semulajadi."

Selain itu, ibu bapa boleh menitikberatkan pengambilan makanan anak-anak untuk memastikan mereka memperoleh Vitamin D yang mencukupi.     

"Memandangkan Vitamin D larut dalam lemak, ia hanya boleh didapati daripada ikan seperti ikan kembung, sardin dan salmon, kuning telur dan susu yang kaya dengan Vitamin D. .

"Kita memerlukan kira-kira 5 mikrogram vitamin D sehari menurut saranan pengambilan nutrisi (RNI) yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itu, pastikan susu yang anda pilih itu tinggi dengan tahap Vitamin D yang sepatutnya," jelas Prof Dr Norimah. - Bernama


Kemaskini pada 2015-11-09 08:12:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page