A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Tokan dadah tumpas
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tokan dadah tumpas

Tokan dadah tumpas
Dua penagih yang berjaya ditahan dalam serbuan malam kelmarin.

BATANG KALI - Empat penagih dadah berjaya diberkas dalam operasi bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor dan pasukan polis bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, malam kelmarin.

Ketua Polis Bahagian Narkotik, IPD Hulu Selangor, Asisten Superintendan Rahimi Hamzah berkata, empat suspek berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kuantan dalam operasi jam 12 tengah malam.

“Kita bersama penguatkuasa AADK menyerbu sebuah rumah terlebih dahulu dan berjaya menahan dua penagih dadah dalam rumah tersebut.

“Serbuan kemudian disambung ke sebuah lagi homestay dan berjaya menahan dua lagi suspek bersama peket dipercayai dadah.

“Dalam operasi pertama, kita berjaya menemui 27 peket berisi dadah jenis heroin seberat 29.5 gram manakala operasi kedua menemui 17 lagi peket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu,” katanya, semalam.

Menurutnya, empat suspek yang ditahan itu merupakan tokan dadah dipercayai bergerak aktif di Batang Kali.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 398 dan Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh membawa hukuman gantung sampai mati,” katanya.
Kesemua suspek kemudian diserahkan kepada IPD Hulu Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai AADK Hulu Selangor, Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata, operasi berkenaan dilakukan hasil risikan pihak AADK sendiri.

“Hasil intipan, kita berjaya membuat serbuan semalam dan ini merupakan satu kejayaan terbesar kita.

“Ini juga seiring hasrat Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) mahu gejala pengedaran dadah ini dibanteras habis-habisan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan polis dari semasa ke semasa bagi terus membanteras kegiatan tidak bermoral ini.

“Kita juga menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat jika mereka tahu mana-mana lokasi mat gian ini supaya kita boleh sama-sama membanteras gejala ini,” katanya.


Kemaskini pada 2015-11-19 08:42:18 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page