Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

FI Lesen MDHS Naik Mulai 2016

Fi lesen MDHS naik mula 2016
Mesyuarat MDHS berkenaan hal fi lesen, semalam.

KUALA KUBU BHARU - Bermula 1 Januari tahun hadapan, pemilik premis perniagaan akan membayar kadar fi lesen baharu yang dijangka naik antara 100 hingga 300 peratus bergantung kepada jenis perniagaan dijalankan.

Setiausaha Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Azman Dahlan berkata, kadar baru itu mengambil kira dasar kerajaan negeri dan majlis tidak pernah lagi menaikkan kadar fi lesen sejak 1987.

“Sejak 28 tahun lalu, baru kali ini kita buat review dan naikkan kadar mengikut dasar kerajaan negeri.

“Sebanyak 4,000 akaun pemilik premis yang menjalankan aktiviti perniagaan akan dinaikkan bermula 1 Januari melibatkan lesen perniagaan dan perdagangan.

“Fi ini juga akan dinaikkan berdasarkan aktiviti perniagaan dan ruang premis mereka. Contohnya dahulu kita kenakan fi lesen di kedai pakaian sama saja untuk semua premis tapi untuk 2016, kita akan ikut berapa besar keluasan lantai kedai.

“Contoh lain pula, jika kedai alat tulis, tapi dia turut jalankan perniagaan cenderahati, kita akan kenakan dua aktiviti perniagaan di situ dan dalam permohonan lesen, peniaga mesti kemukakan jenis aktiviti yang mereka jalankan untuk memudahkan kita juga,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat penuh MDHS, semalam.

Pihaknya juga akan mengeluarkan notis berhubung kadar fi lesen baharu itu kepada peniaga bermula hari ini.

“Kita akan beri notis terlebih dahulu kepada peniaga dan memaklumkan berhubung kadar fi lesen yang baharu ini.

“Notis akan kita keluarkan esok (hari ini) dan peniaga turut diberi peluang kemukakan bantahan,” katanya.

Menurutnya, bantahan boleh dibuat dalam notis yang akan diberi kepada peniaga untuk mengelakkan sebarang salah faham timbul di kemudian hari.

“Ini juga merupakan dasar kerajaan negeri dan bukan keputusan dari MDHS. Mungkin kenaikan ini dilihat agak tinggi tetapi sebenarnya tidak. Ada sesetengah premis yang akan bayar kurang dari sebelum ini dan ada juga sebaliknya.

“Ia bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan dan keluasan premis kerana dulu kita laksanakan tidak mengikut keluasan premis,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjawab kekeliruan peniaga berhubung isu lesen iklan di premis perniagaan.

“Ramai pemilik premis perniagaan yang keliru berhubung lesen iklan ni.

"Contohnya mereka mohon hanya pasang satu unit iklan di premis tapi bila dah dapat lesen, mereka tambah dua atau tiga iklan lagi di premis mereka di kaki lima, tulis di dinding kedai dan sebagainya.

“Itu semua memerlukan lesen dan perlu dibuat permohonan lain kerana mohon hanya satu tapi pasang dua atau tiga pula,” katanya.


Kemaskini pada 2015-12-02 08:13:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page