Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

LZS nafi dakwaan mualaf Orang Asli

LZS nafi dakwaan mualaf Orang Asli

Beginilah keadaan rumah Dona ketika dikunjungi Sinar Harian, kelmarin.

KUALA KUBU BHARU - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan dakwaan mualaf Orang Asli di Hulu Yam yang tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkenaan.

Pengurus Besar Komuni-kasi Korporat, Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, pihaknya sudah pun menghantar pegawainya semalam bagi menyiasat kesahihan dakwaan itu.

"Hasilnya mendapati keluarga Dona Hakimi Abdullah, 41, dan Zaki Mohd Rafi, 32, telah disantuni sebagai asnaf fakir dan miskin di LZS sejak tahun 2012.

“Antara bantuan zakat yang telah diterima Dona termasuk bantuan hari raya dan bantuan pendidikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan dua keluarga mualaf Orang Asli di Kampung Orang Asli Gurney kecewa selepas permohonan mereka membina rumah dipinggirkan dan tidak mendapat respons sepatutnya daripada pihak bertanggungjawab.

“Mengenai kenyataan Dona tentang permohonan bantuan tidak diberi respons sejak 2007, dimaklumkan daripada rekod LZS mendapati Dona hanya hantar borang permohonan tersebut pada November lalu. Bagaimanapun, selepas disemak didapati borang tersebut tidak lengkap.

“Dona tidak menyertakan dokumen berkaitan tapak tanah untuk pembinaan rumah dan hal ini telah dimaklumkan kepadanya sebelum ini,” katanya.

Justeru katanya, LZS mendapatkan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membantu Dona menyelesaikan urusan tapak tanah itu.  

“Bagi permohonan Zaki pula, semakan LZS dapati beliau tidak pernah buat sebarang permohonan bantuan pembinaan rumah sebelum ini.

"Untuk makluman, dia kini menetap di rumah tinggalan bapanya yang dibina LZS 10 tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, daripada rekod LZS juga mendapati, Zaki menerima bantuan dari pada LZS antaranya bantuan hari raya.

Bagaimanapun, LZS akan mempertimbangkan bantuan baik pulih rumah dan bantuan lain mengikut keperluan.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan di Selangor, seseorang itu adalah asnaf mualaf sekiranya tempoh keislamannya masih di bawah lima tahun dan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mualaf, Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Selepas tempoh itu, sekiranya seseorang itu masih memerlukan bantuan zakat, mereka boleh memohon bantuan di bawah asnaf lain terutamanya asnaf fakir dan miskin,” katanya.


Kemaskini pada 2016-01-07 17:43:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page