Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lubuk mat gian Felda Gedangsa diserbu

Lubuk mat gian Felda Gedangsa diserbu

HULU SELANGOR - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor menyerbu lokasi penagih dadah di Felda Gedangsa hari ini.

Dalam operasi berkenaan, mereka menahan 11 individu dipercayai penagih dadah.

Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Hulu Selangor, Haszihan Mohd Adi Munir berkata, serbuan dibuat hasil risikan yang dibuat oleh AADK sendiri yang juga berjaya menahan dua dipercayai pengedar dadah.

"Hasil serbuan jam 7 pagi  hari ini tadi (semalam), kita berjaya menahan 11 penagih serta dua lagi dipercayai pengedar dadah di ladang kelapa sawit di felda itu.

"Kita juga berjaya menemui 40 paket dadah jenis heroin bersamanya dengan anggaran berat lebih kurang 66.8 gram" katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Kemaskini pada 2015-12-09 08:03:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page