Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bawa satu keluarga gegar stadium

Bawa satu keluarga gegar stadium

KUALA KUBU BHARU - Walaupun nun jauh di Hulu Selangor, peminat setia Red Giants tidak akan melepaskan peluang untuk ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah, Sabtu ini.

Bagi Raja Kamarulzaidi Raja Kamaruddin, 27, dia akan memastikan seluruh ahli keluarganya turun ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir itu.

“Saya dan keluarga ada menonton perlawanan separuh akhir Ahad lalu. Saya bawa juga sekali mak, ayah dan anak saya masuk stadium.

“Bila kita masuk stadium sambil kenakan jersi pasukan kesayangan, aura dia lain macam sikit.

“Kebetulan pula, Selangor layak ke perlawanan akhir menentang Kedah, sudah tentu keterujaan itu berganda-ganda, kalau boleh biarlah menang. Barulah berbaloi kami semua datang ke stadium,” katanya kepada Sinar Harian.

Harap Selangor juara

Menurutnya, keterujaan untuk melihat sendiri perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini juga disebabkan Selangor bakal bertemu Kedah yang juga merupakan negeri pilihannya untuk jadi juara.

“Kedah pun negeri pilihan, sebab negeri kelahiran saya. Tetapi pasukan Red Giants tetap di hati. Kalau boleh biarlah Misi 33 Selangor berjaya kita rasai tahun ini dan biar Selangor berjaya julang Piala Malaysia nanti,” katanya.

Bagi Mohd Syazwan Agus, 27, dia akan memastikan tiket ke perlawanan akhir berjaya dibeli kerana perlawanan bertemu Kedah memang dinantikan.

“Perlawanan ni pula seakan ulang semula pertemuan perlawanan akhir semasa tahun 2008.

“Sebagai peminat bola, sudah tentu aksi perlawanan akhir dinantikan. Walaupun duduk agak jauh di Kuala Kubu Bharu, itu bukan alasan saya untuk tidak turun ke stadium.

“Bila lihat secara live, perasaan teruja tu tak sama kalau kita lihat di TV. Saya akan pastikan ke sana bersama rakan lain yang juga kaki bola,” katanya.

Mahu anak jadi kaki bola

Bagi Mohd Taufiq Mohd Nasir, 30, dia juga akan membawa isteri dan dua anak lelakinya ke perlawanan akhir Selangor menentang Kedah, minggu ini.

“Walaupun anak saya baru berumur tiga tahun, dia sudah terbiasa berada di stadium kerana saya memang biasa bawa dia menonton bola secara live.

“Tak apa kecil-kecil dah dibiasakan ke stadium, biar dia jadi kaki bola seperti saya.

“Walaupun anak jati Terengganu, tapi Selangor juga antara pasukan pilihan dan sudah tentu sebab saya dah lama menetap di Selangor, jadi, Red Giants jadi pilihan saya untuk julang Piala Malaysia," katanya.


Kemaskini pada 2015-12-10 07:55:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page