Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

OKU terpaksa berteduh dalam khemah

OKU terpaksa berteduh dalam khemah
Keadaan golongan OKU yang kini terpaksa tinggal di khemah selepas rumah jagaan yang didiami di Bukit Beruntung hangus dijilat api, Ahad lalu.

BUKIT BERUNTUNG - Pusat jagaan orang kurang upaya (OKU) di sini yang baru saja terlibat dengan kebakaran Ahad lalu memerlukan dana dari pelbagai pihak untuk membantu golongan itu yang kini hanya dapat tinggal dalam khemah selepas tempat tinggal mereka dijilat api.

Ahli Majlis Hulu Selangor, June Leow berkata, pihaknya kini ada menerima derma bagi pihak rumah jagaan tersebut tetapi jumlahnya cukup sedikit bagi membina semula bangunan yang separuh terbakar itu.

“Rumah itu terbakar di bahagian bawah sehingga menyebabkan penghuni ditempatkan di khemah saja.

“Ini menimbulkan kesukaran pihak pengurusan kerana mereka yang tinggal di sana merupakan golongan OKU dan ada yang mengalami kecacatan otak.

"Tinggal di khemah menyebabkan kesukaran bagi menjaga mereka kerana mereka akan keluar khemah sesuka hati,” katanya.

Menurut beliau lagi, kira-kira 40 golongan OKU itu kini tinggal dalam khemah dalam keadaan sempit dan sesak.

"Khemah juga tidak mempunyai kelengkapan mencukupi menyebabkan penghuni rumah tersebut tinggal dalam keadaan tidak selesa.

“Jumlah derma yang kita dapat dari pelbagai agensi itu hanya cukup untuk menampung bekalan makanan mereka saja. Jumlah terlalu sedikit,” katanya.

Tambah June Leow lagi, pusat jagaan itu merupakan milik persendirian dan tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan atau subsidi daripada kerajaan.

“Kediaman mereka kini sudah terbakar. Walaupun ada unit rumah yang selamat tapi tempat itu digunakan sebagai stor bagi menyimpan kerusi, meja, bekalan ubat-ubatan dan makanan kering.

“Justeru, saya amat berharap supaya lebih banyak lagi pihak yang sudi menderma atau memberi sebarang sumbangan kepada rumah jagaan ini. Rumah jagaan ini penghuninya berusia di antara tujuh hingga 88 tahun dan kebanyakan dari mereka datang dari keluarga miskin.

“Kita nak minta mereka balik ke rumah keluarga pun tak sampai hati kerana rata-rata yang datang memang dari keluarga miskin dan kalau yang warga emas mana lagi mereka mahu pergi.

“Walaupun, tidur dan duduk di khemah yang panas dan tidak selesa, mereka pun tidak ada pilihan saya saya cukup susah hati melihat keadaan mereka,” katanya.

Menurutnya, dalam musim yang tidak menentu dan sering hujan pada petang hari, keadaan itu menyukarkan lagi warga OKU yang tinggal di dalam khemah itu.

“Sekarang ini bantulah mereka apa adanya. Tidak kira bantuan jenis apa, sama ada makanan, tenaga untuk bersihkan rumah jagaan pun tidak kisah asalkan ada yang sudi membantu.

“Tetapi kalau boleh kita memerlukan dana bantuan kewangan secepat mungkin bagi membina kediaman baru buat golongan yang tidak bernasib baik ini,” katanya.


Kemaskini pada 2016-01-07 17:47:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page