Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bekalan Gangguan Bekalan Air di Hulu Selangor pada 12 Januari

Syabas

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)

KUALA LUMPUR - Penduduk Taman Tempua Bestari dan Gumut Tambahan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan dan tekanan rendah air antara 8 pagi dan 9 malam pada 12 Januari, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata gangguan berpunca daripada kerja membersih kolam takungan air pengimbang, yang merupakan usaha berterusan bagi menambah baik kecekapan sistem rawatan air di loji rawatan air Kalumpang.

"Pengguna dinasihati menyimpan air secukupnya sebelum 12 Januari. Segala usaha akan dilakukan bagi mempercepatkan kerja pembersihan agar bekalan air ke kawasan terjejas pulih secepat mungkin," katanya.

Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status kerja pembersihan itu, pengguna boleh memuat turun aplikasi mySYABAS (melalui Google Playstore atau Apple AppStore) atau melayari www.syabas.com.my atau Facebook dan Twitter Syabas. - Bernama


Kemaskini pada 2016-10-07 10:22:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page