Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Surau daif, jemaah tak selesa solat

Siling surau yang bocor mengganggu jemaat solat.
Siling surau yang bocor mengganggu jemaat solat.

HULU YAM - Penduduk Kampung Orang Asli Gurney memerlukan dana bagi membaiki semula surau di kampung mereka yang sudah usang.
Pengerusi surau, Zaki Mohd Rafi berkata, pihaknya pernah membuat permohonan bantuan kepada salah satu badan Islam negeri, namun hingga kini tiada jawapan diberi.
“Susahlah nak berjemaah di sini. Saya laung azan tiap kali masuk waktu solat, tapi tak ramai yang mahu berjemaah di sini kerana keadaan surau yang banyak bocor.
“Keadaan bertambah teruk jika hujan lebat, air akan masuk dalam surau daripada bumbung yang bocor dan mengenai lantai surau, jadi jemaah pun kurang datang ke surau kerana tidak selesa.
“Bukan saya tak pernah buat permohonan baiki bumbung yang bocor dan naik taraf surau ni, tapi tiada jawapan pun diberikan. Senyap begitu saja,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, penduduk Islam di perkampungan itu hanyalah minoriti.
“Tak banyak keluarga yang peluk Islam di kampung ni. Tak sampai 20 keluarga, tapi takkanlah sebab tak ramai Islam, bantuan atau dana untuk surau dipinggirkan.
“Saya pun nak beri contoh yang baik juga kepada masyarakat Islam sini. Kalau surau yang ada pun tak ramai yang mahu berjemaah, bagaimana kita boleh tunjuk contoh yang baik kepada masyarakat bukan Islam di kampung ini," katanya.
Zaki berkata, bagaimanapun, permohonan bina pagar surau ni telah direalisasikan Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan.
“Tapi kalau boleh, kebocoran bumbung tu yang kena baiki cepat. Kalau hujan, lantai surau habis banjir,” katanya.
Dia berkata, surau berkenaan juga berkongsi tempat dengan tadika yang dibuka di bahagian bawah surau untuk kanak-kanak Orang Asli kampung itu.
“Sudahlah surau yang ada pun uzur, terpaksa pula berkongsi dengan kanak-kanak tadika.“Kalau dapat dinaik taraf atau betulkan saja dulu bumbung surau tu pun saya dah cukup bersyukur,” katanya.

Kemaskini pada 2016-01-15 07:53:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page