Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Gesa turap lubang segera

Gesa turap lubang segera
Lubang di tengah jalan raya membahayakan pengguna terutamanya penunggang motosikal.

KUALA KUBU BHARU - Penunggang motosikal diancam bahaya akibat kewujudan lubang di tengah jalan di persimpangan masuk ke Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Hulu Selangor.

Penghulu Kuala Kubu Bharu/Rasa, Airudin Saranor berkata, pihaknya menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR)mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

“Dikhuatiri penunggang motosikal tak perasan dan melanggar lubang berkenaan.

“Ia membahayakan kerana motosikal boleh terbabas atau terjatuh selepas melanggar lubang itu,” katanya.

Menurutnya, jalan itu juga merupakan jalan utama pengguna jalan raya untuk ke pekan Kuala Kubu Bharu.

“Ramai yang gunakan jalan itu dan saya bimbang penunggang motosikal tak nampak lalu melanggar lubang berkenaan terutamanya pada waktu malam.

“JKR perlu ambil perhatian sewajarnya mengenai masalah ini,” katanya.


Kemaskini pada 2016-01-15 07:57:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page