Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Peniaga sedia maklum kadar sewa

Peniaga sedia maklum kadar sewa
Keadaan pasar awam Hulu Yam Bharu yang sunyi tanpa peniaga kerana mendakwa majlis mengenakan kadar sewa tapak terlalu tinggi.

KUALA KUBU BHARU - Semua bakal penyewa tapak lot perniagaan di pasar awam Hulu Yam sudah dimaklumkan lebih awal berhubung kadar sewaan di pasar berkenaan dan tiada sebarang bantahan dibuat ketika penyewa ditemuduga. 

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Junainah Abdullah berkata, konsep pasar berkenaan merupakan konsep pasar moden dua tingkat yang dibangunkan semula selepas mengalami kejadian kebakaran pada Julai 2013. 

“Kita telah iklankan tawaran untuk sewa tapak di pasar itu pada September tahun lalu dan menerima 36 permohonan pada akhir tempoh iklan. 

“Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kewangan Bil 9/2015 bertarikh 22 September lalu juga telah menetapkan sewa pasar awam Hulu Yam itu dengan kadar RM1,380 untuk tempoh sebulan,” katanya. 

Menurutnya, pihak majlis berpandangan kadar sewa tapak pasar adalah berpatutan memandangkan keluasan ruang niaga adalah kira-kira 105 meter persegi.

“Penyewa di ruang niaga juga kita sediakan sekali tandas bagi setiap unit dan kita turut mengambil kira pasar itu terletak di jalan utama,” katanya.

Beliau berkata, ketika temuduga pemilihan penyewa diadakan pada Oktober lalu, seramai 33 pemohon hadir dan sudah dimaklumkan awal mengenai kadar sewa berkenaan. 

“Mereka tidak ada cakap apa pun masa temuduga tu dijalankan mengenai kadar sewa dan mereka sedia maklum dengan kadar sewa ruang niaga yang dikehendaki majlis. 

“Kita kemudiannya terus meluluskan tawaran berkenaan kepada pemohon yang berjaya pada 12 Oktober dan mengeluarkan tawaran pada 2 November,” katanya.

Pihaknya mengakui menerima surat rayuan berkenaan kadar sewa namun Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kawalan Perniagaan dan Kesihatan yang bersidang pada 7 November lalu berbincang dan membuat keputusan mengekalkan kadar sewa asal. 

“Kemudian, tawaran kali kedua kepada penyewa yang sama dikeluarkan pada 15 Disember dan tamat pada 4 Januari lalu,” katanya.

Semalam, Sinar Harian menerusi artikel 'Sewa tapak pasar cecah RM1,000' melaporkan, peniaga membuat aduan berhubung kadar sewaan tapak pasar berkenaan yang disifatkan terlalu tinggi dan fasiliti tidak mencukupi untuk mereka meneruskan perniagaan di situ.


Kemaskini pada 2016-01-22 16:43:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page