Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lega dapat pegang geran tanah sendiri

Lega dapat pegang geran tanah sendiri
Shaharudin (kiri), Musa (tengah) dan Razali (kanan) gembira selepas menerima geran tanah masing-masing, Jumaat lalu.

HULU SELANGOR - Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana penantian mereka selama 27 tahun akhirnya berbaloi selepas menerima geran tanah yang disampaikan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Jumaat lalu.

Peneroka, Shaharudin Ismail, 59, berkata, isu geran tersebut sudah terlalu lama kepada semua peneroka di sini kerana mereka masih lagi menanggung hutang di bawah Felda dan sepatutnya hutang itu perlu diselesaikan sebelum boleh pegang geran tanah sendiri.

“Tapi hari ni, kami cukup gembira kerana walaupun hutang masih lagi berbaki kira-kira RM20,000, kami sudah dapat geran tanah,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Musa Aib, 57, pihaknya turut gembira selepas menerima geran tanah sendiri walaupun masih lagi menanggung hutang.

“Ingatkan tak sempat nak terima geran tanah sendiri, tapi alhamdulillah. Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor cukup banyak membantu kami sebagai peneroka.

“Saya juga tak akan sia-siakan geran tanah yang saya ada ini dan akan simpan sebaik-baiknya,” katanya.

Bagi Mohd Razali Abdullah, 51, dia cukup terharu kerana penyampaian geran tanah itu dibuat sendiri menteri besar.

“Penantian selama 27 tahun selama ini sangat berbaloi kerana akhirnya saya dapat juga geran tanah yang diidam-idamkan.

“Kami peneroka ni bukannya golongan senang, harta tanah hasil usaha kami ni sajalah yang kami ada buat bekalan anak cucu.

“Kesempatan berjumpa menteri besar juga buat saya rasa cukup gembira dan kegembiraan tu seolah-olah berganda kerana dapat jumpa pemimpin dan dalam masa sama, terima geran tanah sendiri,” katanya.


Kemaskini pada 2016-01-26 17:28:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page