
RASA - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengambil tindakan segera menebang pokok besar yang membahayakan keselamatan penduduk terutamanya pokok yang sudah terlalu tua.
Ahli Majlis MDHS, N Sirivickneshwaran berkata, MDHS dengan bantuan bahagian landskap dan pengindahan bandar melakukan kerja dengan baik selepas mendapat aduan daripada ketua kampung.
“Seramai 15 pekerja landskap dan empat pekerja jabatan pengindahan bandar terlibat dalam kerja menebang pokok.
“Pokok yang ditebang ini juga sudah lama kita pantau kerana dikhuatiri ia mampu mengancam keselamatan terutama jika penduduk melalui jalan yang terdapat pokok besar berkenaan,” katanya.
Beliau turut berharap penduduk kampung dapat membuat aduan segera jika ada masalah lain berkaitan MDHS supaya ia mampu diatasi bersama.
Kemaskini pada 2016-02-04 16:59:21 daripada Administrator