DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Anak kampung juga boleh berjaya

‘Anak kampung juga boleh berjaya’
Raudah menyerahkan slip keputusan kepada Norsyafikah yang dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM 2015 selepas memperoleh 8A, semalam.

FELDA GEDANGSA - Latar belakang sebagai anak kampung tidak langsung membuatkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedangsa merasa terpencil, malah dia berjaya membuktikan kejayaan bukan berasas dari mana kita datang.
Norsyafikah Kamarudin, 18, berjaya meraih 8A untuk kesemua mata pelajaran yang diambilnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015.
Menurutnya, dia yakin kejayaan dapat digenggam untuk orang yang bersungguh mahu berjaya.
“Saya tak perlu bersekolah di bandar untuk cemerlang, walaupun begitu apa yang saya peroleh ini bukanlah datang daripada saya seorang tapi juga berkat doa dan didikan ibu bapa, cikgu, dan kawan-kawan,” katanya.
Dia berkata, sebagai anak polis, dia mendapat didikan yang tegas daripada ayahnya terutama sekali apabila melibatkan pelajaran.
“Ayah memang tegas tapi taklah sampai memaksa. Dia hanya memantau saja pelajaran...selebihnya saya sendiri perlu berusaha.
“Saya juga tak abaikan kelas tambahan yang diadakan di sekolah hasil usaha cikgu-cikgu,” katanya.
Seorang lagi pelajar, Farhana Mohd Sahimi, 18, kejayaannya meraih 7A dalam SPM  adalah hadiah paling bermakna yang mampu diberikan kepada ibu bapanya.
“Sebagai anak kampung yang hanya tinggal di Felda, saya terharu sebab mampu meraih keputusan cemerlang walaupun hanya bersekolah di sekolah kecil ini.
“Saya berazam untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lepas ni, saya harap dapat kekal cemerlang bila sudah berada di institusi pengajian tinggi nanti,” katanya.
Sementara itu, pengetua sekolah, Raudah Mustafa berkata, pihaknya bersyukur dengan keputusan SPM 2015 yang meningkat berbanding tahun sebelumnya.
“Alhamdulillah untuk tahun 2015, Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat dari 6.15 pada tahun 2014 kepada 5.71 dengan peningkatan sebanyak 0.44. Keputusan pelajar yang diraih ini juga adalah yang terbaik untuk sekolah ini dalam tempoh lima tahun.
“Saya juga mahu merakamkan setinggi penghargaan kepada guru-guru yang terlibat dalam SPM 2015 dan ternyata kegigihan mereka dalam mengadakan kelas tambahan dan mendidik pelajar membuahkan hasil,” katanya.

Kemaskini pada 2016-03-04 18:09:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page