Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Proses, jual air ketum dalam botol

Proses, jual air ketum dalam botol
Enam penagih yang didapati positif dadah ditahan dan dibawa ke AADK Hulu Selangor untuk tindakan selanjutnya

FELDA SOEHARTO - Kegiatan dua beradik yang dipercayai memproses dan menjual air ketum sejak empat bulan lalu berjaya dipatahkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor, di kediaman mereka tengah malam semalam.

Ketua Pegawai AADK Hulu Selangor, Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata, seramai dua pegawai dan tujuh anggota AADK terlibat dalam serbuan di Felda berkenaan.

Menurutnya, serbuan itu turut membawa kepada penahanan enam lagi suspek dipercayai penagih dadah.

“Kami tahan lapan orang termasuk dua beradik yang berumur 23 dan 27 tahun.   

“Bagaimanapun, tiada sebarang rampasan dadah ditemui, tetapi kami berjaya merampas air ketum yang sudah siap diproses untuk dijual,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, serbuan yang diadakan itu hasil risikan AADK yang sudah dilakukan selama seminggu di Felda terbabit.

“Hasil siasatan, air ketum berkenaan dipasarkan di Felda Soeharto dan kawasan sekitar. Air ketum itu akan dibotolkan dalam botol minuman berkarbonat 1.5 liter untuk setiap jualan.

“Kira-kira 20 liter air ketum dirampas termasuk dalam bekas air besar dan periuk aluminium.

“Salah seorang daripada adik-beradik itu juga dipercayai masih lagi dalam jaminan polis akibat kes dadah terdahulu,” katanya.

Mohd Ghazali berkata, dua beradik itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk tindakan lanjut manakala enam penagih dibawa ke AADK.

“Hasil siasatan turut mendapati kesemua yang kita tahan positif dadah. Enam tertuduh yang dipercayai penagih itu akan didakwa di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (APD) 1998,” katanya.


Kemaskini pada 2016-03-10 13:38:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page