Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Desak dedah kontrak perjanjian

Desak dedah kontrak perjanjian
Lee Kee Hiong

KUALA KUBU BHARU - Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong mempersoalkan tindakan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang bertegas mahu mengenakan caj parkir dan mendesak perjanjian bersama syarikat konsesi parkir didedahkan kepada orang ramai bagi menjelaskan keadaan sebenar antara syarikat berkenaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana selama 17 tahun syarikat berkenaan tidak membuat apa-apa tetapi terus mendapat keuntungan hasil cukai yang dibayar rakyat.

“Kenyataan diberi majlis berhubung pampasan perlu dibayar kepada syarikat konsesi bernilai jutaan ringgit menimbulkan persoalan besar.

“Adakah perjanjian yang ditandatangani MDHS dengan syarikat konsesi berkenaan pada Ogos 1999 dalam tempoh 20 tahun itu berat sebelah dan tidak dilakukan demi kepentingan awam?,” katanya.

Sebelum ini, Adun berkenaan pernah membuat tuntutan kepada MDHS supaya menangguhkan pelaksanaan sistem parkir berbayar kerana ia tidak relevan dan membebankan rakyat.

“Kerajaan negeri tidak pernah amalkan dasar bebankan rakyat, malah kita berpegang kepada prinsip peduli rakyat.

“Justeru, ketegasan MDHS mahu terus melaksanakan sistem parkir berbayar ini ternyata hanya bebankan rakyat.

“Berhubung perjanjian bersama syarikat konsesi itu lagi, adakah tempoh konsesi selama 20 tahun itu dalam perjanjian tersebut berkuat kuasa pada tarikh pelaksanaan dan bukannya tarikh perjanjian ditandatangani, memandangkan MDHS tidak melaksanakan sistem letak kereta berbayar itu pada 17 tahun lepas” katanya.

Menurutnya, persoalan yang dibangkitkan itu perlu mendapat penerangan jelas dan rakyat berhak mengetahui bagaimana perjanjian konsesi itu membuatkan MDHS menjadi mangsa dan merugikan duit rakyat.

“Perjanjian tidak harus dirahsiakan dan saya sendiri akan tulis surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memohon kerajaan negeri buat pengelasan semula atau melaksanakan pengklasifikasian semula terhadap status perjanjian konsesi agar perjanjian tersebut dan dokumen perjanjian tersebut tidak lagi terus tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya.

Beliau juga menggesa MDHS menangguhkan segala pelaksanaan sistem letak kereta berbayar terlebih dahulu sehingga terdapat satu jalan penyelesaian yang lebih baik dan tidak membebankan rakyat.

“Sekiranya MDHS keberatan menampung kos perkhidmatan pembersihan di kawasan komersial ini sebanyak RM146,100 sebulan iaitu RM1.68 juta setahun, maka saya sedia sokong MDHS dapatkan bantuan Kerajaan Selangor bagi menjalankan kerja pembersihan kawasan komersial," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan MDHS menyelar dakwaan sesetengah pihak kononnya pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bersikap keterlaluan dengan mengenakan caj parkir di Kuala Kubu Bharu dan kawasan sekitar.

Caj parkir yang bakal dikenakan bermula April ini tidak membebankan rakyat dan peraturan caj parkir hanya akan dikenakan bermula Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang sahaja.


Kemaskini pada 2016-03-15 14:32:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page