Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kasihan adik , 20 minit tahan sakit

 

image

Kuala Lumpur: Seorang murid pra sekolah terpaksa menahan kesakitan lebih 20 minit selepas kaki kirinya tersepit dalam besi penutup longkang berhampiran Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari ketika Larisa a/p Cundang, 6, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas aktiviti sukan di sekolah.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Azami Baka berkata, kanak-kanak perempuan itu tergelincir menyebabkan kakinya sehingga paras paha tersepit di celah besi penutup longkang.

 

"Murid pra sekolah Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu 2 itu menjerit dan menangis kesakitan apabila kakinya tidak dapat dikeluarkan," katanya.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejar ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.24 tengah hari.

Azami berkata, kaki kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan selepas anggota bomba menggunakan alat pemotong hidraulik melonggarkan besi penutup longkang itu.

"Mangsa tidak mengalami kecederaan serius, hanya luka-luka kecil di kaki," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 8:29 PM


Kemaskini pada 2016-10-25 16:19:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page