Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bapa pesan cari di hutan

image

Kuala Kubu Bharu: “Bapa pernah pesan jika dia masuk hutan tapi tak balik, cari dia di tempat biasa yang dilaluinya. Dia cakap ada dua kemungkinan saja, sama ada mati atau hidup,” kata Sita Alan, 34, anak ketiga Alan Aloh, 63, yang ditemui mati selepas hilang di Gunung Semangkuk, Bukit Fraser, dekat sini, sejak 8 November lalu.

Mayat Alan ditemui jam 6.30 petang kelmarin di lokasi kira-kira satu kilometer dari Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser dan tidak jauh dari tempat motosikal mangsa diletakkan.

Sita yang ditemui di rumahnya di Kampung Orang Asli Jalan Kolam Air berkata, hampir setiap hari bapanya masuk ke hutan untuk mencari makanan.

 

Namun katanya, itulah kali terakhir bapanya tidak pulang dan ditemui meninggal dunia.

Anak kedua mendiang, Luki, 36, berkata, dia bersama orang kampung menemui mayat bapanya pada rimbunan pokok buluh.

“Kami cari sejak awal pagi semalam (kelmarin) sampailah petang saya terhidu bau busuk dan pergi ke arah itu sebelum menemui bapa terbaring,” katanya.

Menurutnya, bapanya berkemungkinan terjatuh kerana ada kesan darah beku pada kaki kanannya.

Katanya, bapanya dikebumikan pagi semalam di kawasan perkuburan kampung mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, siasatan tidak mendapati sebarang unsur jenayah.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2016 @ 7:00 AM

Kemaskini pada 2016-11-16 11:18:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page