Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Anis tenanglah disana

image

Kuala Kubu Bharu: Jenazah peserta Perkhemahan Remaja Unggul yang dilaporkan hilang ketika menjalani aktiviti perkhemahan di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, semalam, ditemui jam 10.30 pagi tadi.

Jenazah Anis Fatihah Hishamuddin ditemui pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, operasi mencari bermula jam 8 pagi selepas pencarian semalam gagal menemui mangsa.

"Mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat di kawasan air terjun berhampiran kuala sungai dan diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Difahamkan, mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan susulan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan remaja berkenaan dikesan hilang ketika menjalani aktiviti 'night walk' di lokasi kejadian.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 12:08 PM

Kemaskini pada 2016-12-07 15:37:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page