WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Tempat-tempat bersejarah

 


 

 

   

Istana Jugra 1

Istana Jugra 2

ISTANA BANDAR / ALAEDDIN

 

Istana Bandar mula dibina pada penghujung abad ke 19 dan siap sekitar tahun 1905. Terletak di Daerah Kuala Langat, Mukim Bandar dan dibina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Ia terletak sejauh 20km dari Bandar Banting dan kedudukannya berhampiran dengan Masjid Sultan Alaeddin.

Ia dijadikan tempat bersemayam baginda Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah bersama pemaisuri baginda, Hajjah Safiah hinggalah baginda mangkat pada tahun 1889. Pada tahun 1926 Istana Bandar dijadikan tempat pertabalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah sebagai sultan ke tujuh Negeri Selangor Darul Ehsan.

 

Istana ini dikatakan mempunyai 15 buah bilik dan dibina dengan adunan senibina Islam dari India dan Timur Tengah. Istana ini turut dibina bersama-sama dengan tukang-tukang Cina mahir yang menerapkan unsur-unsur seni ukiran dan ragam hias pengaruh Cina. Selain itu binaan bangunan Istana ini juga mempunyai lanskap yang menarik serta kolam-kolam yang terletak di bahagian hadapan istana. Selepas merdeka tahun 1957 istana ditinggalkan kerana pemindahan pusat pemerintahan ke Kuala Lumpur.

 

Istana ini telah dijadikan Pusat Kraftangan Daerah tetapi telah dikosongkan semula kerana kurang mendapat sambutan. Pada tahun 1988 istana ini dibaikpulih semula setelah mengalami kerosakan yang teruk. Istana ini pernah dijadikan sebagai Pusat Tahfiz Al-Quran oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

 

 


 
 
Bekas Pejabat Daerah
 
 

 

image
image
Bangunan Pejabat daerah yang tertua dalam Daerah Kuala Langat di Bukit Jugra. Sekarang menjadi sejarah dan kenangan Abadi
 
Bangunan bekas Pejabat Daerah Jugra terletak dilereng Bukit Jugra. Tinggalan sejarah ini adalah perlu dipulihara untuk menjelaskan bahawa Negeri Selangor telah menerima pemerintahan secara Residen buat pertama kalinya semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad. Pada ketika itu, Residen Inggeris yang pertama iaitu J.G. Davidson yang ditempatkan di Klang, manakala Penolong Residen iaitu Frank Swettenhem telah ditempatkan di Jugra.
 
 
 
Rumah Api Jugra
 

 

image   Rumah Api Jugra terletak bersebelahan dengan Radar TUDM Bukit Jugra. dan terletak berhampiran dengan bekas bangunan Pejabat Daerah Kuala Langat. Bangunan ini masih berfungsi sebagai rumah api dan dijadikan panduan kepada pelaut dan kapal-kapal yang belayar di Laut Selat Melaka. Bangunan rumah api ini masih diselenggara bagi mencerap anak bulan Ramadhan dan bulan Syawal.

 


 
 
Balai Polis Dan Penjara Jugra
 
 
 
image
image
 
Balai Polis atau Rumah Pasung dan penjara ini dibina sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad untuk menahan pesalah pada ketika itu. Terletak berhampiran dengan Istan Alauddin , iaitu kira-kira 50 meter daripada Pangkalan Batu Hampar. Bangunan penjara ini berbentuk rumah dua tingkat dan tidak berbumbung. Bangunan ini dibina dengan menggunakan batu pejal (granit) yang dipotong berbentuk empat segi Keunikan binaan banguna ini menunjukkan bahawa satu teknologi baru telah digunakan di dalam mendirikan bangunan iaitu denagn menggunakan batu pejal di mana ia jarang digunakan unutk membina bangunan di negara ini .Dahulunya bangunan ini berkeadaan yang tidak terjaga dan terbiar, tetapi kini banguna ini sudah mula dibina semula dengan kerjasama syarikat swasta. Sekarang banguna ini telah siap dibangunkan mengikut bangunan yang asal.

 
 
Pengkalan Batu Hampar
 
 
 

 

Pengkalan Batu Hampar dan Pengkalan Perahu merupakan pengkalan yang digunakan sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad di Jugra. Pengkalan ini digunakan untuk menghubungkan Daerah Kuala Langat dengan Klang dan kawasan sekitarnya khususnya untuk membawa hasil bijih timah, hasil hutan dan memudahkan mobiliti penduduk.

 
 
Rumah Banglo - Ladang Pulau Carey
 

 
image
 
Rumah banglo ini merupakan kediaman pengurus ladang Pulau Carey dan dibina semasa Inggeris bertapak di Negeri Selangor. Rumah banglo ini mempunyai rekabentuk yang unik dimana seni rekabentuknya dibawa dari pengaruh Barat. Banglo ini masih di dalam keadaan baik dan dipelihara di bawah jagaan pihak pemilik ladang iaitu Golden Hope Plantation. Pada masa kini, banglo ini digunakan sebagai rumah rehat syarikat.

 

Masjid Bandar

 

image
 
Masjid ini dibina kira-kira 200 meter dari Istana Temasya. Ia dibina pada dekad pertama abad ke-20 (tahun 1905). Dari segi rekabentuk masjid ini menerima pengaruh senibina daripada kerajaan Deli, Medan. Tiang Seri dan seni ukir dinding serta mimbarnya yang unik daripada jenis kayu tahan lama dan bermutu tinggi. Mimbar yang terdapat di dalam Masjid Sultan Alaeddin Suleiman Syah sering digunakan oleh baginda semasa berkhutbah.

 

                             Makam Almarhum Sultan Abdul Samad

 

image
image
 
Sebagaimana pusara bagi orang kebanyakan, yang sentiasa dikunjungi oleh kaum kerabat, maka bagi makam sultan ini juga sentiasa dikunjungi terutama oleh kaum kerabat diraja, bahkan oleh rakyat jelata juga. Oleh yang demikian, makam Sultan Abdul Samad ini, yang terletaknya di atas Bukit Jugra itu, sentiasa dijaga dengan rapi dan terus terpelihara. Makam Diraja Jugra merupakan sebahagian dari bukit Jugra yang telah dipilih sebagai kawasan permakaman keluarga Diraja Selangor pada tahun 1886. Kawasan ini juga dikenali sebagai Kompleks Makam Diraja dan secara keseluruhannya, kawasan permakaman ini berpagar. Di satu kawasan yang luasnya lebih kurang 5 ekar, terdapat antara lain, sebuah binaan batu yang besar, dan di dalamnya terdapat makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang telah mangkat pada bulan Februari 1898, memerintah dari tahun 1859 hingga 1898. Manakala makam-makam lain yang terletak di bahagian luar kompleks adalah Makam Almarhum Tengku Muda Musa, Makam Almarhum Tunku Alfah Binti Almarhum Sultan Abdul Samad, Makam Almarhum Tunku Jaafar, Makam Tunku Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat, Makam Almarhum Tengku Muteh Ibni Sultan Abdul Samad. Di luar bangunan itu, terdapat beberapa perkuburan, terutama yang berhampiran dengan bangunan itu adalah pusara kerabat diraja, dan sesetengahnya adalah bangunan lebih kecil seperti pusara Yang Mulia Raja Kahar, Tengku Maharum, dan Raja Muda Musa yang mangkat pada tahun 1884. Pada masa ini, kira-kira 90m daripada makam ini, disediakan sebuah padang tempat letak kereta. Dari situ, untuk sampai ke makam, disediakan tangga batu untuk memudahkan para pelawat melawat ke atas. Bekalan api dan air juga diadakan di sekitar kawasan makam itu

 

                                        Stor Tempat Simpan Peluru

image
image
 
 Tempat simpan peluru merupakan tempat atau ruang penyimpanan kelengkapan perang, khususnya peluru-peluru ataupun alat-alat bedilan. Kedudukannya berhampiran dengan Bekas Pejabat Daerah dan tempat Bakar Arang. Secara keseluruhannya bangunan ini berbentuk ‘Dome’ yang dibina dari bahan simen dan mempunyai sebuah pintu. Ia juga dilengkapi dengan lubang udara yang berfungsi untuk peredaran udara di dalam ruang simpan peluru tersebut. Dilihat dari segi geografi, tempat ini terletak berhadapan dengan aliran Sungai Langat yang dapat mempermudahkan proses pengangkutan peluru ke kawasan-kawasan yang berhampiran mahupun ke tempat penyimpanan. Ia merupakan satu-satu tempat simpan peluru yang pertama kali ditemui di daerah Negeri Selangor.

 

.

 

 

                                  Istana Long Puteri / Istana Maimun

image

 

 

 

 
 Istana Long Puteri / Istana Maimun merupakan kediaman Raja Long Puteri iaitu cucunda Sultan Abdul Samad. Istana ini terletak berhampiran dengan Istana Jugra. Daripada aspek senibina bangunan, Istana Long Puteri merupakan sebuah rumah berdindingkan papan, bertiang dan berlantaikan batu. Untuk memasuki istana ini, kita perlu menaiki 14 anak tangga yang dibina daripada bahan batu. Dari segi ruang dalaman istana ini, terbahagi kepada 3 ruang iaitu bahagian ruang tamu, ruang tengah dan dapur, di mana bahagian dapur telah dipisahkan daripada ruang tengah. Istana ini juga mempunyai 3 bilik dan sebuah bilik tamu.Namun pada masa kini, ia tidak diselenggarakan dengan baik.
     

Kemaskini pada 2016-05-26 16:27:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1347777 Tarikh Kemaskini : 19 03 24