
Projek ini merupakan projek usahasama di antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan I&P Morib Sdn. Bhd. bagi membangunkan tanah seluas 5.187 ekar di atas Lot 183 (PT.4) dan Lot 184 (PT.5), Mukim Morib, Daerah Kuala Langat untuk tujuan pembinaan hotel bertaraf 3 bintang yang dikenali sebagai Hotel Impian Morib.
Hotel Impian Morib menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 50 unit di mana 10 unit adalah merupakan Bilik Deluxe manakala 40 unit lagi adalah Bilik Standard serta dilengkapi dengan kemudahan dewan persidangan, bilik mesyuarat, bilik persalinan, kolam renang, jimnasium dan restoran.
Kerja-kerja pembinaan hotel telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada akhir bulan Julai 2005 yang lalu. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Hotel Impian Morib, Tel : 03-31982070 /2512/2417/2416 Fax : 03-3198 2052 atau Pn. Shazleen (PNSB), Tel : 03-55107105 Fax : 03-55107232.
KEMUDAHAN BEREKREASI
Kolam renang 4 kaki 3 inci untuk dewasa, kolam kanak-kanak - Halangan acara bina semangat berpasukan, padang untuk sukaneka, gimnasium untuk bina badan, memancing di pantai hotel, jelajah memancing dengan pesanan awal beryuran, menikmati matahari terbenam di pantai.
RESTORAN
Menghadap lapangan golf, berhawa dingin, pelbagai pilihan hidangan, pilihan makanan laut tempatan dan barat. Hidangan setiap hari - layan diri - sarapan pagi dan makan tengahari dengan harga berpatutan.
KEMUDAHAN HOTEL
Kolam Renang
Permainan Luaran
Pusat Perniagaan
Restoran
Bilik Persidangan
Kedai Serbaneka
Surau
Permainan Luaran
Pusat Perniagaan
Restoran
Bilik Persidangan
Kedai Serbaneka
Surau
KEMUDAHAN SEMINAR / MESYUARAT
DEWAN | DEWAN MAKAN | BILIK PERSIDANGAN | TEATER | BILIK MESYUARAT |
KELANANG | 170 | 80 | 220 | 60 |
JUGRA | 160 | 75 | 210 | 55 |
KEMUDAHAN AUDIO
Sistem PA dengan mikrofon - OHP kolar tanpa wayar beserta layar, projektor slaid, projektor LCD.
BAHAN-BAHAN & PERKAKASAN NIAGA
Papan putih, carta selak, kertas dan pensil.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
03 - 3198 2070
03 - 3198 2417
03 - 3198 2416
03 - 3198 2589
03 - 3198 2512
LOKASI

03 - 3198 2417
03 - 3198 2416
03 - 3198 2589
03 - 3198 2512
LOKASI

Kemaskini pada 2016-05-26 16:29:29 daripada Administrator