WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Soalan Lazim - Teknikal & Penguatkuasa



SOALAN LAZIM - UNIT TEKNIKAL & PENGUATKUASAAN PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT

    
SOALAN 1  :   Berapa harga satu salinan pelan?
JAWAPAN 





:   Mengikut Kaedah Tanah Selangor, harga setiap satu salinan pelan adalah bergantung kepada keluasan.Sebagai contoh:-

       i.          Tidak melebihi 1 hektar                                  -           RM20.00

       ii.          Melebihi  1 hektar tapi tidak lebih 10 hektar   -           RM50.00

       iii.         Melebihi 10 hektar                                          -           RM100.00

   
SOALAN 2

:   Bila atau berapa lama pelan yang dibeli boleh diterima?

JAWAPAN

:   Setiap pembelian pelan akan diserahkan pada hari yang sama kepada pemohon.

   
SOALAN 3  

:   Boleh tak Pelan Akui (PA) dibeli disini?

JAWAPAN

:  Tidak boleh kerana pelan akui hanya boleh dibeli di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di Shah Alam sahaja.

   
SOALAN 4 :   Boleh tak saya mohon kawasan rezab sungai ?
JAWAPAN

:   Mengikut Pekeliling PTG 1/2012 semua rezab sungai, jalan , pantai dan parit tidak dibenarkan untuk di pohon.                                                    

   
SOALAN 5

:   Saya ada masalah sempadan tanah, boleh Pejabat Tanah ukurkan?


JAWAPAN

:    i)      Pejabat Tanah tidak buat kerja kerja ukuran tanah tetapi  boleh untuk menolong membuat semakan batu sempadan sahaja.

     ii)      Tuan tanah boleh melantik juruukur berlesen untuk membuat kerja kerja ukur.

 

 

SOALAN 6 :   Apakah itu Tanah Kerajaan?
JAWAPAN




:   Tanah Kerajaan terdiri daripada semua tanah di dalam negeri tersebut termasuklah tanah sungai dan tepi pantai serta dasar laut
    seperti yang termasuk di dalam wilayah negeri atau batas perairan wilayah selain dari tanah-tanah seperti:-
    - Tanah Rizab (Tanah Simpanan)
    - Tanah Berimilik
    - Tanah Lombong
    - Tanah Hutan
 

 

SOALAN 7 :   Adakah saya berhak mendapat pampasan sekiranya tanah yang saya usahakan tanpa izin hendak dibangunkan oleh Pihak Berkuasa?
JAWAPAN :   Pihak Kerajaan tidak akan membayar sebarang pampasan ke atas pengusaha / penceroboh yang tanah tersebut hendak dibangunkan
    untuk bagi sesuatu tujuan.
 

 

SOALAN 8 :   Bolehkah saya menduduki atau mengusahakan tanah kerajaan?
JAWAPAN     Adalah menjadi satu kesalahan dibawah Kanun Tanah Negara (KTN 1965) dan jika disabitkan boleh didenda sebanyak 10 ribu ringgit atau
    penjara tidak kurang 1 tahun atau kedua-dua sekali.
 

 

SOALAN 9 :   Siapakah pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan penguatkuasaan bagi kesalahan pengalihan bahan- batuan
    tanpa kebenaran?
JAWAPAN :   Mana-mana pegawai polis yang tidak rendah dari pangkat inspector, Pendaftar, Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau lain-lain pegawai
    yang 
diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa negeri.
 

 

SOALAN 10   :   Boleh saya mengeluarkan bahan-batuan (pasir) yang terdapat pada tanah saya sendiri?
JAWAPAN :   Boleh tetapi mestilah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri. Ini kerana Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah melantik  Syarikat
    Kumpulan Semesta 
Sdn. Bhd untuk menjalankan kerja-kerja pengorekan pasir di Negeri Selangor.
   
SOALAN 11 :   Boleh saya mengeluarkan bahan-batuan (pasir) yang terdapat pada tanah saya sendiri?
JAWAPAN :   Boleh dengan syarat perlu mendapat kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri
   
SOALAN 12 :   Adakah menjadi kesalahan pada saya sekiranya tanah saya dicerobohi bagi pengeluaran bahan-batuan tanpa pengetahuan saya?
JAWAPAN :   Ya, menjadi kesalahan dan boleh didakwa di atas kesalahan subahat seperti yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara (KTN 1965) 
   

 * Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Teknikal & Penguatkuasaan di talian 03-31822512

 

  


Kemaskini pada 2014-08-27 12:12:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356905 Tarikh Kemaskini : 26 04 24