.jpg)
MORIB - Bagi merealisasikan usaha menjadikan kawasan pantai di Kuala Langat sebagai antara lokasi tarikan pelancongan negara ini, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) meminta kerajaan menimbangkan untuk memasukkan permohonan tambahan peruntukan bagi empat pantai dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).
Yang Dipertuanya, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, perbincangan di peringkat Selangor berhubung beberapa perancangan bagi membangunkan Pantai Batu Laut; Pantai Rhu di Pulau Carey; Pantai Kelanang dan Pantai Morib telah dilakukan.
Menurutnya, pihaknya berharap panel pemilihan peruntukan dapat menumpukan perhatian pantai di daerah ini supaya kerja menaiktaraf dapat dilakukan supaya sasaran menjadikan antara pusat pelancongan tumpuan pelancong tercapai.
“Sehingga kini, Pantai Morib sudah menjadi antara pantai terbaik di Selangor dengan beberapa kemudahan terkini yang telah dinaiktaraf. Bagaimanapun, jika peruntukkan baharu dapat disalurkan di keempat-keempat pantai di sini, penambahbaikkan lebih baik akan dilakukan” katanya ketika merasmikan Program Trees 4 Life di Pantai Morib Baru anjuran Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar (SAS), semalam.
Kemaskini pada 2016-05-27 12:27:59 daripada Administrator