WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Soalan Lazim - Hasil



SOALAN LAZIM - UNIT HASIL PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT

 
SOALAN 1  : Apakah itu "Cukai Tanah / Petak"

JAWAPAN 

 







 


 

 

 

 

 

Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah;

Cukai Tanah / Petak ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 kanun Negara 1965 sebagai :

(A) Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukaisewa.

(B) Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah / petak dan 
(C) Apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukisewa

     
SOALAN 2 : Mengapakah anda perlu membayar Cukai Tanah / Petak
JAWAPAN : Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah / petak (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah / petak kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil HasilTanah /Petak tahunan.
     
SOALAN 3  : 

Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah / Petak

JAWAPAN




 

:

 

 

 

Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah / Petak." Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana - mana tanah / petak berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuan punya..." Selepas perjanjian jual-beli (" Sales and Purchase Agreement ") telah dimeterai oleh kedua - dua pihak penjual (atau pemaju tanah / perumahan ) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah / Petak adalah menjadi tanggungjawab pihak pembeli.

     
SOALAN 4  : Bilakah anda sepatutnya membayar Cukai Tanah / Petak

JAWAPAN

 

:

 

Sekali setahun. Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. FI tunggakan dikenakan pada 1 Jun setiap tahun atas kelewatan bayaran

     
SOALAN 5 : Implikasi jika gagal menjelaskan Cukai Tanah / Petak
JAWAPAN


 

:

 

Bayaran Hasil Tanah / Petak hendaklah dijelaskan sebelum 01hb. Jun setiap tahun. Jika tidak dijelaskan pada tarikh tersebut " Notis Tuntutan Akhir (Notis 6A-Cukai Tanah) dan (Notis 11A-Cukai Petak) boleh dikeluarkan dan sekiranya juga pembayaran tertunggak tidak dijelaskan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Notis tersebut, maka tindakan pelucuthakan (rampasan) tanah / Petak boleh diambil mengikut Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN)

     
SOALAN 6  : Kemaskini alamat dalam bil cukai secara percuma

JAWAPAN  




 

:




 

 

      (A) Kegagalan pemilik untuk mengemaskini alamat terkini di dalam Bil Hasil Tanah / Petak boleh dikenakan DENDA tidak melebihi RM1,000.00 atau
      PENJARA tidak melebihi 6 BULAN mengikut Seksyen 429(d), Kanun Tanah Negara (KTN).
(B) Borang Pemberitahuan Pertukaran Alamat (BORANG) 26A boleh dimuat turun di https://ptg.selangor.gov.my
(C) Bagi Hakmilik tanah / petak kepunyaan Pejabat Pendaftar (HSD, PN, GRN), Borang 26A hendaklah dihantar ke Unit Tukar Alamat, Bahagian
      Pendaftaran Hakmilik@Bahagian Hakmilik Strata, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor.
(D) Manakala hakmilik Mukim / Daerah (HSM,PM,GM), Borang 26A hendaklah dihantar ke Pejabat Daerah/Tanah berkenaan terus kepada Unit Pendaftaran
     
SOALAN 7  : Cara membuat pembayaran
JAWAPAN














 
:














 

 1. Kaunter bayaran dan kutipan hasil diseluruh Negeri Selangor. 
       a. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Shah Alam
      b. Pejabat Daerah dan Tanah
      c. Pihak Berkuasa Tempatan
         (Kecuali Majlis Perbandaran Ampang Jaya) -pembayaran secara tunai sahaja  

2. Kiriman Wang / Wang Pos / Bank Draf hendaklah di atas nama "BENDAHARI NEGERI SELANGOR" dan dipalang "AKAUN PENERIMA SAHAJA".

3. Kaunter bayaran Pejabat Pos di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak) bayaran secara tunai sahaja.

4. Bayaran secara "Online" atas nama / "Payee"
    a. Pejabat Pengarah Tanah & Galian Selangor
    b. Pejabat Tanah & Galian Selangor
        
- CIMB Cliks        -  Maybank2u
5. Untuk membuat semakan cukai tanah / petak dan juga pembayaran secara "FPX" boleh dibuat melalui laman sesawang:
    http://ehasil.selangor.gov.my

     
SOALAN 8  :  Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bil cukai?
JAWAPAN


 
:


 

Bil-bil cukai akan dihantar oleh Pejabat Tanah kepada semua pemilik tanah berdaftar mengikut alamat yang didaftarkan pada hakmilik. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab tuan tanah untuk memaklumkan alamat terkini tempat tinggal bagi memastikan bil hasil diterima. Sekiranya bil cukai tanah tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Tanah/ Daerah di Selangor atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Selangor

     
SOALAN 9 Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah?
JAWAPAN




 
:





 

Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap.

PERINGATAN :

1)  Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masin - masing di
     Pejabat Tanah / Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.

2)  Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus
     mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah / Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

     
SOALAN 10 : Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai?
JAWAPAN




 

:




 

Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap.

PERINGATAN :

Hakmilik anda telah ditukarganti kepada hakmilik baru atau

Hakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (tetap)






 







 

 

 * Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Hasil di talian 03-31822437/2613

     

  

 

  


Kemaskini pada 2022-03-04 12:02:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356858 Tarikh Kemaskini : 25 04 24