WEB MOBIL  [ x ]

qr code
W3C
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 

faq-img

Soalan Lazim

hubungi-kami

Hubungi Kami

maklumbalas

Aduan & MaklumBalas

peta-laman

Peta Laman

                  

         

header new

Kampung Batu 9 Kuala Langat Dapat Peruntukan Bina Masjid Baru

Kampung Batu 9 Kuala Langat dapat peruntukan bina masjid baru

KUALA LANGAT, 7 DIS: Peruntukan bagi membina masjid baru di Kampung Batu 9 Kebun Baru, di sini, dijangka akan dimasukan dalam Belanjawan 2016.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Masjid Al-Amin adalah antara masjid paling lama dibina di Sijangkang.

“Masjid ini antara masjid yang lama dalam kawasan Sijangkang dan selalu banjir cuma tahun ini saja tidak berlaku bencana ini. Sebelum ini, ia sudah dibesarkan dan kita dah senaraikan untuk bina masjid baru.

“Tahun ini tak masuk dalam bajet, jadi kita cuba masuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11 tahun depan dan maknanya kita boleh masukkan dalam bajet pembangunan semula cuma isunya berkenaan tapak yang ada,” kata.

Dr Ahmad Hairi berkata, pembinaan masjid baru itu nanti dijangka menerima peruntukan antara RM5 hingga RM7 juta.

Katanya, penduduk akan menggunakan Masjid Batu 10 yang tidak berapa jauh sementara kerja pembinaan masjid baru dijalankan.

Sementara itu, Nazir Masjid Al-Amin, Tauhid Ahmad menyatakan pembinaan masjid itu perlu dilaksanakan kerana pertambahan penduduk berlipat kali ganda berbanding ketika ia mula dibina.

 


Kemaskini pada 2015-06-16 11:47:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT  

 BUILDING

Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

Kota Seri Langat (Sungai Sedu), 42700 Banting,

Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-31822555  No. Fax: 03-31872011

Emel: klangat[at]selangor[dot]gov[dot]my


Paparan terbaik menggunakan:
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome 1280 x 720 ke atas

 | Hak Cipta | Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan |



 

Jumlah Pelawat :1356498 Tarikh Kemaskini : 25 04 24